Pelarian Syria bakal berhadapan Musim Sejuk yang begitu sukar ketika ini. Ayuh bersama kita ringankan penderitaan mereka dengan berkongsi rezeki. Rm1 juta diperlukan segera.


Hampir 10 tahun rakyat Syria berhadapan dengan krisis peperangan. Ujian demi ujian terpaksa mereka hadapi.

 

Kini hampir 12 juta rakyat Syria menjadi pelarian di seluruh pelusuk dunia, termasuk menjadi pelarian di negara mereka sendiri.

 

Rumah kediaman mereka hancur.

Tanaman dan kebun-kebun mereka musnah.

Segala harta yang mereka kumpul dan usahakan selama ini hilang sekelip mata.

 

Mereka terpaksa lari menyelamatkan diri sehelai sepinggang bersama keluarga dan anak-anak kecil.

 

Lebih dua juta dari rakyat Syria kini hidup di kem pelarian di Azzaz Syria, Turki dan Lubnan.

 

Mereka hidup serba kekurangan.

Hidup cuma di dalam khemah yang diperbuat dari canvas.

 

80% dari mereka adalah golongan yang terlampau miskin.

Mana tidaknya, mereka kini langsung tidak mempunyai peluang untuk bekerja dan mencari rezeki tidak seperti dulu ketika hidup di negara sendiri.

 

Mereka di kem pelarian kekurangan makanan.

Anak-anak yang sedang membesar sering kelaparan.

Ibu bapa terpaksa berkorban bahagian mereka untuk anak-anak, dan selebihnya terpaksa disimpan untuk hari esoknya.

Cuma roti.

Tanpa lauk seperti ayam, daging dan sayuran.

 

Lebih merisaukan, musim sejuk bakal tiba menemani mereka tidak lama lagi.

Sejuknya bukan alang kepalang, mencecah suhu -5 darjah celcius!

 

Tubuh memerlukan tenaga lebih untuk menghasilkan haba tambahan.

Hidup di musim sejuk akan membuatkan mereka sering berasa lapar.

Lapar yang bukan biasa-biasa. Lapar yang bisa mengakibatkan kebuluran.

 

Bayangkan kehidupan anak-anak kecil yang tidak berdosa di sana.

Mereka tersangat lapar, tetapi tiada apa yang boleh dijamah.

 

Mereka bukan saja kekurangan tenaga untuk meneruskan kehidupan, bahkan kekurangan zat.

Lebih menyedihkan, ramai juga dari pelarian Syria yang mati akibat kebuluran pada musim-musim sejuk yang lepas.

 

Oleh itu, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mengambil inisiatif untuk sama-sama membantu meringankan beban para pelarian Syria yang berada di kem pelarian Azzaz di Syria dan  kem pelarian Irsal Lubnan.

 

Alhamdulillah, musim sejuk lepas kami telah berjaya menyampaikan sumbangan kepada lebih 80,000 keluarga pelarian Syria meliputi makanan, pemanas, kayu api, selimut dan baju sejuk.

 

Musim sejuk ini, kami menyasarkan untuk membantu 13,000 keluarga Syria iaitu kira-kira 65,000 orang untuk menerima bantuan makanan.

 

Ayuh bersama kami, bantu memberi harapan buat mereka terus hidup dan menghilangkan sedikit kelaparan mereka pada musim sejuk yang dahsyat nanti.

 

Mari sama-sama kita menjayakan kempen Bantuan Makanan Musim Sejuk buat pelarian Syria.

 

Antara pakej sumbangan Bantuan Makanan yang kami aturkan:

 

1.   Tajaan 5 Kit Makanan = RM750

Tajaan 3 Kit Makanan = RM450
Tajaan 1 Kit Makanan = RM150
Sumbangan Happiness = RM100
Sumbangan Kindness = RM50
Sumbangan Smile = RM30
Sumbangan Seikhlas hati

 

Namun, sekiranya jumlah yang tertera itu besar bagi anda, kami juga dengan besar hati menerima seberapa pun jumlah yang anda ingin sumbangkan.

 

Ayuh sama-sama menyumbang seikhlas hati bagi sama-sama membantu meringankan beban saudara kita.

Peduliinsan logo

Who we are?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy