AYUH RINGANKAN BEBAN MEREKA
BERSAMA
TABUNG BANTUAN KECEMASAN COV-AID
(Lockdown 2.0 #KitajagaKita)
Sudah lebih 2 tahun virus korona mengganggu keamanan manusia
di seluruh dunia. Virus ini bukan sahaja menyerang kesihatan kita, bahkan turut
menyerang dan menganggu keadaan ekonomi serta kewangan kita. PKP 1.0 tahun lalu melihatkan bagaimana bermulanya episod
duka serta kesukaran hidup puluhan ribu rakyat Malaysia setelah kehilangan
pekerjaan dan sumber mencari rezeki. Ada yang diberhentikan kerja, ada pemilik
syarikat yang terpaksa berhenti beroperasi, ada yang jualannya jatuh merundum,
ada juga yang bekerja tapi tidak dibayar gaji.
Selepas lebih setahun, Malaysia sekali lagi berhadapan
dengan situasi yang sama. Namun kali ini, lebih sukar dan ramai yang terkesan.
Ditambah pula dengan jumlah kes positif harian Covid-19 yang terlalu tinggi
membuatkan rakyat marhaen terus buntu bagaimana mahu mahu mencari rezeki.
Bukan itu saja, angkara virus durjana ini ramai juga yang
diuji ujian kesihatan dan juga kehilangan orang tersayang. Ramai yang tertekan dan mulai berputus asa. Namun, hidup
tetap perlu diteruskan. Entah bila situasi sebegini akan berakhir.
Kami di Peduli Insan sangat prihatin dan rasa
bertanggungjawab untuk membantu saudara-saudara kita di serata tanah air yang
sedang diuji dengan masalah kewangan saat Malaysia dikenakan Lockdown ini.
Projek Bantuan Kecemasan CovAid adalah projek anjuran Pertubuhan Peduli Insan bertujuan
untuk menyalurkan bantuan berbentuk keperluan asasi
seperti pek makanan, barangan keperluan bayi seperti
lampin & susu bayi, Kit wanita, Unsung Heroes Kit, & lain-lain
bantuan kepada golongan sasar yang terjejas . Sasaran
penerima bagi projek ini buat masa ini adalah keluarga B40
yang memerlukan di Malaysia amnya. Tanpa mengira bangsa,
kaum & agama.
Kami juga ingin mengajak tuan/puan di luar sana untuk sama-sama membantu dan menyumbang buat saudara-saudara kita yang sedang dalam kesusahan dan kesempitan saat ini.
Mari ringankan beban saudara-saudara kita dengan menyumbang
bersama
Tabung Bantuan
Kecemasan CovAid (Lockdown 2.0)