Soalan Lazim (FAQ)

  • S: Siapa Peduli Insan?

    J: Peduli Insan ialah NGO kemanusiaan berdaftar di Malaysia, memberi fokus kepada bantuan fakir miskin, anak yatim dan mangsa krisis di seluruh dunia.

  • S: Adakah Peduli Insan NGO berdaftar?

    J: Ya, Peduli Insan merupakan badan NGO berdaftar di bawah ROS (PPM-028-10-29082018). Status pertubuhan boleh disemak di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

  • S: Bagaimana Peduli Insan pastikan ketelusan?

    J: Semua kempen dipantau, laporan audit disiarkan setiap tahun dan kemas kini projek dikongsi melalui media sosial & emel.

  • S: Bagaimana Peduli Insan pastikan sumbangan sampai kepada penerima?

    J: Sumbangan disalurkan melalui rakan kerjasama yang dipercayai, dipantau oleh pasukan kami dan dilaporkan dalam audit serta laporan rasmi.

  • S: Adakah sumbangan boleh dapat potongan cukai (LHDN)?

    J: Buat masa ini, sumbangan belum layak untuk potongan cukai.

  • S: Kenapa ada caj tambahan RM1.50 masa derma online?

    J: Caj tersebut dikenakan oleh sistem pembayaran (Billplz). Contoh: RM250 (derma) + RM1.50 (caj sistem). Jika derma terus ke akaun bank Peduli Insan, tiada caj tambahan.

  • S: Kenapa Peduli Insan ada banyak nombor akaun?

    J: Peduli Insan mempunyai lebih 10 akaun bank untuk setiap projek/kempennya. Tuan/puan boleh menderma ke mana-mana akaun rasmi atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

  • S: Kenapa ada had minimum RM30 untuk derma?

    J: Borang sumbangan kami sediakan pakej bermula RM30 untuk kemudahan penderma. Namun, tiada had minimum ditetapkan. Sumbangan serendah RM1 juga diterima.

  • S: Boleh tak saya bayar zakat melalui Peduli Insan?

    J: Buat masa ini, Peduli Insan tidak berdaftar secara rasmi dengan Lembaga Zakat Negeri. Oleh itu, resit sumbangan yang dikeluarkan tidak boleh dituntut sebagai zakat di bawah LHDN.

  • S:Kalau begitu, adakah zakat saya sah dari segi syara’?

    J: Ya, dari sudut syara’, bayaran zakat melalui Peduli Insan tetap sah kerana penerima zakat kami ialah golongan fakir miskin, anak yatim, serta mangsa perang dan pelarian yang berhak menerima zakat.

  • S:Bagaimana kalau saya nak teruskan bayar zakat dengan Peduli Insan?

    J: Anda boleh terus hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Peduli Insan untuk penjelasan lanjut dan bantuan dalam proses bayaran.

  • S:Adakah saya akan menerima resit?

    J: Ya, resit rasmi akan diberikan secara automatik melalui emel jika sumbangan dibuat melalui pautan sumbangan yang disediakan.

  • S:Bagaimana saya boleh menderma untuk kempen/projek ini?

    J: Anda boleh menderma melalui pindahan bank, pembayaran dalam talian, auto debit (MyInfaq), atau terus ke akaun rasmi Peduli Insan.

  • S:Boleh tak saya tetapkan sumbangan bulanan?

    J: Ya, boleh melalui program auto debit MyInfaq. Anda boleh pilih jumlah yang sesuai dan ia akan dipotong secara automatik setiap bulan.

  • S: Saya cuba bayar melalui Onpay tapi gagal. Apa perlu saya buat?

    J: Mohon maaf atas kesulitan. Anda digalakkan untuk menyalurkan terus melalui pembayaran dalam talian atau pindahan bank bagi mengelakkan masalah teknikal.

  • S: Saya cuba bank-in tetapi transaksi gagal. Kenapa ya?

    J: Kemungkinan akaun sedang menerima jumlah transaksi yang banyak dalam satu masa. Sila cuba semula selepas 30 minit. Jika masih gagal, hubungi pegawai kami.

  • S: Boleh saya dapatkan nombor akaun bank?

    J: Nombor akaun rasmi Peduli Insan adalah seperti berikut:

    Bank Islam
    PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
    No. Akaun: 0704 3011 0612 88

  • S: Sumbangan saya akan digunakan untuk apa?

    J: Sumbangan digunakan mengikut projek, contohnya pek makanan, pendidikan, air bersih, bantuan perubatan, dan lain-lain keperluan.

  • S: Boleh tak saya lihat gambar/video penerima bantuan?

    J: Ya, kami kongsikan kemas kini melalui laman web, media sosial, laporan penderma melalui hebahan emel dan WhatsApp.

  • S: Saya nak hantar baju sejuk, boleh tak?

    J: Buat masa ini kami tidak menerima sumbangan barang seperti baju sejuk kerana kos penghantaran yang tinggi. Sebagai alternatif, sumbangan dalam bentuk wang akan digunakan untuk membeli barangan terus di lokasi. Jika kutipan barang dibuka semula, kami akan maklumkan melalui hebahan rasmi Peduli Insan.

  • S: Peduli Insan ada sediakan aqiqah?

    J: Ya, kami menyediakan pakej sembelihan aqiqah di kem pelarian Syria dengan harga RM1,300 seekor biri-biri. Hubungi pegawai kami untuk maklumat lanjut.

  • S: Bagaimana cara untuk sertai sukarelawan Peduli Insan?

    J: Buat masa ini, Peduli Insan belum membuka penyertaan sukarelawan kerana tiada program yang memerlukan khidmat tersebut. Jika dibuka, kami akan umumkan melalui media sosial rasmi.

  • S: Saya ingin buat lawatan rasmi atau temu janji dengan Peduli Insan. Bagaimana caranya?

    J: Permohonan lawatan boleh dibuat melalui emel rasmi ke publicrelations@peduliinsan.org dengan menyertakan profil organisasi anda. Pegawai kami akan hubungi semula untuk pengesahan tarikh dan masa.

  • S: Bagaimana cara untuk mohon bantuan daripada Peduli Insan?

    J: Buat masa ini permohonan bantuan telah ditutup. Jika dibuka semula, kami akan maklumkan melalui saluran rasmi Peduli Insan.

  • S: Bagaimanakah cara untuk membuat derma secara bulanan?

    J: Derma bulanan boleh dibuat melalui sistem MyInfaq. Sila ikuti langkah pendaftaran yang disediakan pada borang rasmi MyInfaq.

  • S: Berapakah jumlah potongan sumbangan yang boleh dibuat?

    J: Potongan bulanan serendah RM10 dan maksimum RM500 sebulan.

  • S: Bilakah potongan sumbangan akan dilakukan?

    J: Semasa pendaftaran, caj RM1.00 akan dikenakan sebagai caj pengesahan. Pemotongan derma akan dibuat sekali sahaja setiap bulan iaitu pada 2–5hb atau 22–26hb bulan berikutnya selepas pendaftaran.

  • S: Bank apakah yang boleh digunakan untuk mendaftar?

    J: Semua bank yang mempunyai perkhidmatan perbankan atas talian boleh digunakan untuk pendaftaran derma bulanan.

  • S: Saya tiada alamat emel, bolehkah saya mendaftar?

    J: Boleh. Pihak Peduli Insan akan menggunakan emel rasmi kami sebagai pengganti. Makluman pendaftaran berjaya akan dihantar melalui WhatsApp ke nombor telefon yang didaftarkan.

  • S: Sampai bilakah potongan bulanan akan dibuat?

    J: Potongan akan diteruskan setiap bulan tanpa had tempoh, sehinggalah penderma membuat permohonan untuk berhenti.

  • S: Bagaimana cara untuk menghentikan potongan bulanan?

    J: Untuk menghentikan potongan, sila hubungi pegawai kami di talian 017-7444595.

  • S: Jika saya tiada akses perbankan atas talian, bolehkah saya mendaftar?

    J: Tidak. Pendaftaran potongan bulanan hanya boleh dilakukan melalui perbankan atas talian.

  • S: Jika baki akaun saya tidak mencukupi pada bulan ini, adakah akan ada potongan tunggakan bulan berikutnya?

    J: Tidak. Tiada caj atau potongan tunggakan dikenakan sekiranya baki akaun tidak mencukupi.

  • S: Bagaimana bantuan Peduli Insan boleh sampai ke Gaza sedangkan ada sekatan di sempadan?

    J: Bantuan disalurkan melalui dua kaedah utama:

    • Kerjasama dengan NGO tempatan:

      Peduli Insan bekerjasama terus dengan NGO pelaksana di Gaza & Palestin. Pasukan di lapangan mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan yang masih beroperasi. Bekalan ini digunakan untuk menyediakan makanan panas serta agihan air bersih kepada penduduk.

    • Lintasan sempadan:

      Selain itu, bantuan juga dihantar melalui lintasan sempadan dalam bentuk makanan tahan lama seperti makanan dalam tin (contohnya daging). Kaedah ini tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa sempadan. Sebagai contoh, semasa Aidiladha 2025, Peduli Insan telah menghantar bekalan makanan dalam tin yang kini masih menunggu pelepasan di sempadan Jordan. Semua stok ini mempunyai jangka hayat 2 tahun (dikeluarkan Jun 2025), maka ia kekal selamat digunakan sebaik sahaja dapat masuk ke Gaza.

  • S: Berapakah peratus kos pengurusan yang digunakan daripada setiap sumbangan?

    J: Kos pengurusan tahunan Peduli Insan dianggarkan sekitar 10%. Namun, kadar ini dikira secara menyeluruh untuk operasi setahun, bukan berdasarkan setiap kempen atau projek tertentu. Peratusan ini juga boleh berubah sedikit mengikut pelaksanaan program, keperluan semasa dan situasi lapangan pada tahun tersebut.
    Bagi memastikan ketelusan dan integriti, laporan audit tahunan turut disediakan dan boleh diakses melalui laman web rasmi pada pautan berikut: Laporan Audit.

  • S: Kenapa harga satu hidangan panas untuk seorang mencecah RM35? Nampak sangat mahal

    J: Kos makanan di Gaza amat tinggi kerana sekatan yang menyebabkan bekalan terhad dan harga melambung. Sebagai contoh, pada Jun 2025 harga 1kg tepung mencecah RM125 dan 1kg lentil sekitar RM62. Walaupun ada bahan seperti beras, sayur atau kacang dalam tin, semuanya dijual dengan harga jauh lebih mahal berbanding di Malaysia. Jumlah RM35 ini bukan sahaja meliputi bahan mentah, tetapi juga kos penyediaan, memasak dan pengurusan di lapangan, menjadikan anggaran tersebut realistik mengikut keadaan semasa di Gaza.

  • S: Bagaimana saya boleh melihat bukti bahawa bantuan benar-benar sampai dan memastikan pengurusan sumbangan adalah telus?

    J: Peduli Insan sentiasa menekankan ketelusan dalam setiap sumbangan yang diamanahkan. Bahan bukti pelaksanaan bantuan boleh dilihat melalui paparan di platform media sosial rasmi kami seperti Facebook, Instagram, dan YouTube, di mana kami berkongsi gambar, video serta laporan perkembangan terkini agihan bantuan.

    Selain itu, bagi memastikan integriti dalam pengurusan dana, laporan audit tahunan turut disediakan oleh juruaudit bertauliah. Laporan ini boleh dirujuk oleh orang ramai melalui laman web rasmi sebagai bukti bahawa setiap sumbangan diuruskan dengan telus, berhemah dan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

  • S: Kenapa masih ada rakyat Gaza yang belum menerima bantuan?

    J: Cabaran terbesar dalam menyampaikan bantuan di Gaza ialah sekatan ketat rejim Zionis yang menyukarkan kemasukan bantuan secara terus dan menyeluruh. Peduli Insan menggunakan kaedah tersendiri dengan bekerjasama bersama NGO tempatan di dalam Gaza untuk menyalurkan makanan panas, air bersih dan keperluan asas secara berfasa.

    Namun, dengan jumlah penduduk Gaza yang dianggarkan mencecah sekitar 2.1 juta orang, serta pelbagai kekangan dari segi keselamatan, akses, sumber dana dan logistik, usaha ini tidak mampu meliputi semua penduduk pada satu masa. Walaupun begitu, Peduli Insan tetap komited menyalurkan bantuan secara berterusan mengikut kemampuan yang ada. Setiap sumbangan disalurkan kepada mereka yang paling memerlukan, dan perkembangan agihan dikongsi secara telus melalui platform rasmi kami.

  • S: Kenapa rakyat Gaza masih kebuluran jika bantuan sudah sampai kepada mereka?

    J: Individu yang mengalami kekurangan zat makanan serius sehingga kelihatan rangka tubuh memerlukan tempoh pemulihan yang panjang walaupun sudah mula menerima makanan berkhasiat. Sementara itu, sumbangan yang ada tidak mampu menampung semua mangsa perang kerana keluasan bumi Palestin yang sangat besar. Namun, kami tetap berusaha sedaya upaya dan sebaik mungkin, mengikut kapasiti yang ada, untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang mampu kami capai.

  • S: Bahan mentah ada ke di pasaran tempatan?

    J: Bahan mentah masih terdapat di pasaran tempatan, namun dalam jumlah yang sangat terhad dan dengan harga yang melambung tinggi. Oleh itu, kami menyediakan hidangan panas menggunakan bahan seperti kacang dalam tin, sayur-sayuran dan nasi. Walaupun harga bahan ini juga mahal, ia masih lebih mampu milik berbanding bahan mentah seperti daging yang jauh lebih sukar diperoleh.

  • S: Kenapa tak buat air drop?

    J: Buat masa ini, Peduli Insan berjaya menyalurkan bantuan makanan dengan menggunakan sumber dari dalam Gaza sendiri. Usaha penghantaran melalui kaedah air drop pula sedang dijalankan oleh pihak lain. Dari pihak kami, terdapat dua kaedah utama yang digunakan, dan alhamdulillah, makanan yang disediakan telah selamat sampai kepada mereka yang memerlukan.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy