Masjid An-Nour kini menjadi pusat ibadah buat ratusan penduduk Al-Hudaydah. Mari teruskan melakar senyuman dengan membina satu lagi rumah Allah di kawasan yang sangat memerlukan.
Sasaran: RM120,000
Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. (HR: al-Bukhari & Muslim)
Terima kasih pembina rumah Allah! Dari tapak pembinaan gersang, kini berdiri teguh sebuah masjid yang penuh manfaat.
Setiap peringkat membawa projek ini selangkah lebih dekat kepada penyiapan. Lihat perjalanan pembinaan masjid pertama dibawah Peduli Insan.
Persediaan & Perancangan
Penyediaan Tapak
Pembinaan Struktur Bangunan
Pembinaan dan Kemasan Seni Bina
Pemasangan Sistem Elektrik dan Sanitari
Kerja-kerja Mengecat dan Kemasan Akhir
Penyediaan Kelengkapan, Pemeriksaan Akhir dan Penyerahan
Persediaan & Perancangan
Penyediaan Tapak
Pembinaan Struktur Bangunan
Pembinaan dan Kemasan Seni Bina
Pemasangan Sistem Elektrik dan Sanitari
Kerja-kerja Mengecat dan Kemasan Akhir
Penyediaan Kelengkapan, Pemeriksaan Akhir dan Penyerahan
Selepas Masjid An-Nour siap dibina di Al-Hudaydah, Peduli Insan kini membawa usaha pembinaan masjid ke Kampung Al Wa'arah, Tuban, Lahij, Yaman.
Lokasi
Kampung Al Wa'arah, Tuban, Lahij, Yaman
Penerima Manfaat
200 keluarga (1,000 orang)
Ruang Solat
160 jemaah
Fasiliti
Halaman Masjid, 3 Tandas, Ruang Wuduk dan Menara Azan.
Keluasan
90m²
Masjid bukan sekadar tempat menunaikan solat. Ia juga boleh menjadi ruang untuk menimba ilmu, membina hubungan dan menghidupkan aktiviti keagamaan dalam komuniti.
Sebagai Ruang Menuntut Ilmu
Di kawasan yang jauh dari sekolah, masjid menjadi tempat anak-anak dan masyarakat mempelajari ilmu asas agama, al-Quran dan hafazan.
Tempat Berteduh Ketika Kecemasan
Ketika banjir atau bencana melanda, masjid boleh menjadi tempat perlindungan sementara untuk penduduk yang terjejas.
Tempat Singgah dan Berehat
Bagi musafir yang melalui kawasan pedalaman, masjid boleh menjadi tempat untuk berhenti, berehat dan menunaikan solat.
Mengukuhkan Hubungan Komuniti
Menjadi tempat untuk solat berjemaah, pengajian, ibadah korban dan aktiviti kemasyarakatan yang mengeratkan ukhuwah.
Apabila masjid musnah atau rosak akibat konflik, komuniti turut kehilangan ruang penting dalam kehidupan mereka. Sebab itu, usaha membina masjid masih diperlukan.
Kami mahu anda dapat mengikuti perjalanan projek yang disokong. Setiap peserta yang memilih slot pembinaan masjid akan mendapat:
E-sijil penyertaan: Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan anda.
Gambar perkembangan projek: Ikuti perkembangan pembinaan melalui kemas kini yang dikongsikan.
Video selepas pembinaan: Lihat hasil pembinaan setelah projek selesai.
Perkembangan projek akan dikongsikan secara berperingkat melalui saluran rasmi Peduli Insan, mengikut pelaksanaan di lapangan.
RM30
Sedekah Jariah Bina Masjid
Sumbangan kecil untuk menyokong usaha pembinaan masjid.
RM100
Infaq Ikhlas Bina Masjid
Bantu menjayakan usaha membina masjid untuk komuniti yang memerlukan.
RM500
1 Slot Bina Masjid
Satu slot sumbangan untuk melengkapkan kemudahan penting projek pembinaan masjid.
RM1,000
2 Slot Bina Masjid
Infaq untuk mempercepatkan pembinaan struktur utama masjid.
RM2,000
Pembina Rumah Allah
Sumbangan berimpak besar dalam membangunkan rumah Allah
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.
Daftar untuk sumbangan automatik bulanan secara selamat melalui rakan pembayaran kami, InfaqPay Sdn. Bhd. dengan mengklik butang di bawah
Nota: Sumbangan ini akan disalurkan bagi menjayakan projek-projek kemanusiaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.
Logo dan nama jenama adalah hak milik pemilik masing-masing dan digunakan semata-mata untuk mengenal pasti perkhidmatan dan integrasi yang disokong.