“Mungkin ini kali pertama mereka merasa nikmat daging.” Sertai usaha kami melalui Qurban 4 Ummah.
Kongsikan rezeki dan kegembiraan Aidiladha buat mereka yang sangat memerlukan.
"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahar (Aidiladha) yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban)..."
(HR: Imam al-Tirmizi dan Imam Ibnu Majah)
Ini Peluang mereka dapat rasa daging setahun sekali
Di Palestin, Syria & Yaman, daging korban bukan sekadar makanan. Ia adalah 'kemewahan' yang jarang mereka dapat nikmati.
Pakej Qurban 4 Ummah
Satu bahagian korban yang anda laksanakan memberi makna yang sangat besar buat kelangsungan hidup mereka. Rancang awal tahun ini, dan bantu kami pastikan tiada keluarga yang tercicir.
Terima kasih kerana mempercayai kami. Tanpa sokongan anda, mustahil untuk kami sampaikan amanah ini buat mereka yang memerlukan
Kenapa pilih Peduli Insan sebagai pelaksana korban anda?
Ladang ternakan sendiri di Syria untuk kualiti terbaik
Laporan visual dan E-Sijil penyertaan disediakan
Agihan daging secara terus kepada komuniti pelarian dan asnaf yang paling terkesan.
Galeri
Tahun ini, peluang kita untuk berkorban datang sekali lagi.
Tempah bahagian qurban anda sekarang dengan hanya serendah RM675 melalui Qurban 4 Ummah!
Dan Bersama kita hadirkan secebis sinar kegembiraan buat saudara yang diuji dengan kesusahan.
Ini Apa Yang Peduli Insan Capai Sepanjang Qurban
Tekan video dan lihat sendiri bagaimana ibadah anda sampai kepada mereka.
Soalan Lazim (FAQ)
Peserta boleh memilih lokasi korban mengikut pilihan masing-masing (Syria, Palestin, Yaman).
Dan bagi program Sedekah Daging, agihan akan disalurkan ke negara-negara fokus kami yang lain bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang lebih memerlukan secara menyeluruh.
Peserta boleh membaca lafaz akad wakalah (perwakilan) seperti yang tertera di borang pendaftaran mengikut negara yang dipilih.
Selain ibadah korban, kami juga menyediakan pilihan Sedekah Adha (Sedekah Daging) atau Set Hidangan Panas serendah RM30
Proses penyembelihan qurban akan dilaksanakan di India. Daging yang diperoleh akan diproses dan ditinkan, sebelum dihantar masuk ke Gaza untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Proses pengetinan dan penghantaran ke Gaza dianggarkan mengambil masa antara 2 hingga 10 bulan, bergantung kepada keadaan semasa. Tempoh ketahanan daging dalam tin pula adalah 2 tahun dan ia kekal selamat untuk dimakan sepanjang tempoh tersebut.
Peserta boleh memilih lokasi pelaksanaan korban mengikut pilihan masing-masing, iaitu di Syria, Palestin atau Yaman.
Bagi program Sedekah Adha pula, agihan akan disalurkan ke negara-negara fokus kami serta negara lain, bagi memastikan lebih ramai golongan yang memerlukan berpeluang menikmati daging yang jarang sekali hadir di meja mereka.
Semua kempen dipantau, laporan audit disiarkan setiap tahun dan kemas kini projek dikongsi melalui media sosial & emel.
Sumbangan disalurkan melalui rakan kerjasama yang dipercayai, dipantau oleh pasukan kami dan dilaporkan dalam audit serta laporan rasmi.
`IHSAN DEMI INSAN`
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.
Tetapkan Sumbangan Berulang Secara Automatik
Bulanan
Daftar untuk sumbangan automatik monthly secara selamat melalui rakan pembayaran kami,
InfaqPay Sdn. Bhd.
dengan mengklik butang di bawah