فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” - Surah Al-Kauthar, ayat 2

 

 
  Seperti yang tercatat di dalam surah al-Kauthar, antara tanda kita bersyukur kepada Allah adalah dengan menunaikan solat dan juga ibadah korban. Setiap hari kita akan mendirikan solat sekurang-kurangnya 5 kali, namun peluang untuk menjalankan ibadah korban dalam setahun hanya 4 hari sahaja, iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

  Bulan Zulhijjah dan Aidiladha bakal tiba tidak lama lagi.  Justeru, ini adalah peluang bagi orang yang berkemampuan untuk buktikan tanda kesyukuran dan pengorbanannya terhadap Allah swt.

 
  Gaza sekali lagi dibedil tanpa ihsan oleh Zionis Israel. Ramai yang syahid, ramai juga yang masih cedera. 
Ribuan rumah dan kediaman musnah.  Gaza perlu dibina semula. Mereka hilang segalanya sekelip mata. Memerlukan kewangan dan bantuan yang banyak.  Dalam masa yang sama, rakyat miskin juga tetap tak punya apa.

 
  Justeru, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berhasrat untuk membantu rakyat Gaza dengan menjalankan ibadah korban di sana.  Peduli Insan mensasarkan 300 ekor sembelihan berupa kambing dan lembu yang akan dijalankan pada tahun ini. Jumlah itu sekaligus bakal memberi manfaat kepada 12,000 buah keluarga di Semenanjung Gaza.




  Peduli Insan dengan kerjasama NGO tempatan di Gaza akan mengagihkan 2kg daging kepada setiap keluarga. 
Oleh itu, kami ingin menjemput tuan/puan untuk sama-sama menjalankan ibadah korban bersama Peduli Insan di Semenanjung Gaza.


Harganya seperti berikut:

Seekor Kambing :   RM1900  

Satu Bahagian Lembu : RM1900 

Seekor Lembu : RM13,300

    Ya, harga sembelihan di Gaza agak mahal berbanding tempat lain. Ini adalah kerana kambing dan lembu di sana adalah dari baka yang baik dan bersaiz besar. Berbeza dengan di Malaysia.

  Agihan daging seberat 2kg akan diberikan kepada keluarga miskin dan susah di Palestin. Antara golongan lain yang bakal menerima daging adalah anak yatim, balu, golongan OKU dan orang tua.

 

 
  Ayuh, rebut pahala menjalankan ibadah korban dalam masa yang sama membantu saudara-saudara kita yang sedang kesusahan di bumi Gaza. 
Mungkin ini salah satu tanda kita menyokong dan bersolidariti bersama rakyat Gaza dalam mempertahankan bumi Palestin.


Rasulullah saw bersabda:

“Tiap helai bulu dari binatang yang dikorbankan kamu akan mendapat satu kebaikan” ( HR Ibnu Majjah )

 


Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 
[ Riwayat al-Tirmizi

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy