Malaysia sedang diuji. Dalam sekelip mata, beberapa buah negeri di Malaysia ditimpa banjir luar dari kebiasaan. Selangor dilanda banjir terburuk dalam sejarah. Hampir keseluruhan Shah Alam, Klang, Meru, Puchong, Hulu Langat dan beberapa tempat lagi ditenggelami air.  Terengganu, Kelantan, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan juga mempunyai nasib yang sama.


 



Ya, hampir keseluruhan rakyat Malaysia diuji saat ini. Mereka dalam kerisauan dan kesedihan. Syukur, ramai yang sudah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS). Namun, masih ada lagi yang terperangkap dan menanti bantuan tiba. Rumah-rumah habis ditenggelami air. Barangan rumah hampir keseluruhannya rosak. Kereta-kereta juga dimasuki air dan lumpur. Besar ujian mereka saat pandemik masih lagi belum berakhir.

 


Allahu rabbi,  atas dasar ihsan, kasih sayang dan kemanusian, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia kini melancarkan Tabung Peduli Bencana Banjir Besar Malaysia bagi membantu meringankan beban saudara-saudara kita yang diuji hebat dengan musibah banjir.

 

Antara bantuan yang bakal disalurkan adalah:

 

1.  Kit Keperluan Bayi & Wanita

2.  Pek Makanan Siap Masak

3.  Pek Makanan Segera

4.  Bantuan Perubatan

5.  Kenderaan 4x4 

6.  Kit Kebersihan

7.  Kit Sanitasi

8.  Selimut




Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM500,000 bagi membantu seramai mungkin mangsa-mangsa banjir yang sedang dalam kesusahan saat ini. Ayuh, bersama kami di Peduli Insan. Kita bantu rakyat Malaysia yang diduga Tuhan dengan ujian banjir luar dari kebiasaan.

 


Rasulullah saw bersabda:

 “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”  (Hadis riwayat Muslim)

 

‘Ihsan Demi Insan’

Pertanyaan?
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

Pertubuhan amal, bukan kerana untung yang berusaha untuk menyediakan;

Bagi orang-orang miskin dan pelarian di negara-negara yang menderita bencana kemanusiaan.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy