CIANJUR PERLU BANTUAN KITA SEMUA
Cianjur, sebuah bandar yang terletak di Jawa Barat. Jauhnya kira-kira 75KM dari kota Jakarta.

Nama Cianjur mula berlegar-legar di media sosial dan laman berita sejak bandar itu digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.6 skala richter.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Cianjur mengalami gempa bumi. Bahkan sejak tahun 1800 dahulu lagi bandar itu kerap berhadapan dengan gegaran. Namun gegaran itu tidaklah begitu kuat dan tiada kemalangan atau runtuhan binaan yang berlaku.


Namun, setelah 200 tahun, gempa pada penghujung 2022 ini bukan saja mengejutkan masyarakat di bandar itu, bahkan dunia seluruhnya.

Setakat ini, hampir 300 jiwa terkorban, ribuan yang lain tercedera.  150 individu lagi masih hilang.
Proses pencarian masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.  Bandar Cianjur mengalami kerosakan yang sangat besar, sama ada dari segi infrastruktur mahupun bangunan.



Kira-kira 22,198 buah rumah telah musnah.  Ini melibatkan 58,362 orang mangsa yang terjejas kehilangan tempat tinggal.  Saat ini mereka perlukan pelbagai bantuan dan sokongan.

Atas dasar ihsan, tanggungjawab dan kemanusiaan, Peduli Insan tekad untuk membantu saudara-saudara kita di Cianjur. 

Kami juga ingin mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama-sama menghulurkan ihsan dan simpati kepada mereka yang kini sedang dalam kesusahan di Cianjur.



Antara bantuan yang sangat diperlukan oleh mereka di Cianjur saat ini adalah:

1. Pek Makanan sedia untuk dimakan
2. Kit Perubatan dan Kesihatan
3. Kit Kebersihan (Hygiene Kit)
4. Air Minuman
5. Bantuan Fasa Pemulihan
6. Bantuan Am


Ayuh, sama-sama kita ringankan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh saudara kita di Cianjur. Saat ini, mereka sangat memerlukan sokongan dan bantuan kita.

Semoga dengan bantuan yang kita berikan dapat memberi sokongan dan harapan baru untuk mereka di Cianjur untuk terus kuat bertahan meneruskan kehidupan baru.

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA

"IHSAN DEMI INSAN"

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy