KEMPEN INFAQ HARI JUMAAT

87%

Jumlah Semasa: RM436175

Sasaran: RM500000

Deadline: 2021-12-30 00:00:00


Event
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Banyak peristiwa penting di dalam Islam yang Allah caturkan terjadi dan akan berlaku pada hari Jumaat. 

Antaranya adalah penciptaan Nabi Adam, Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga, Nabi Adam diturunkan ke bumi, kejadian Hari Kiamat akan berlaku dan banyak lagi.

 

Hari Jumaat juga adalah satu-satunya hari yang dinamakan sebagai surah di dalam al-Quran iaitu Surah Al-Jumuah.

 

Disebalik hadirnya hari Jumaat pada setiap minggu, terdapat banyak kelebihan dan fadilat pada hari terbaik ini.

 

Antaranya,

1. Doa pada hari ini mustajab

2. Ramai malaikat turun ke bumi

3. Hari yang digalakkan untuk bersedekah

 

Sebagaimana Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk bersedekah, Hari Jumaat pula adalah hari yang terbaik dalam setiap minggu untuk berinfaq.

 

Sebagaimana Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan dalam kitabnya Zad Al-Maad:

“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

 

Oleh itu, pada hari yang terbaik di antara 7 hari dalam seminggu ini, ayuh kita rebut peluang untuk gandakan pahala dengan bersedekah.

 

Mari hulurkan bantuan dan sumbangan kepada para pelarian Syria yang berada di Kem Pelarian Syria.

 

Kira-kira 400,000 orang pelarian kini berteduh di kem pelarian di Utara Syria. Mereka lari ke sana sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah hancur dibedil bom sang pemerintah. Lebih menyayat hati, ramai di antara mereka yang kehilangan suami dan juga anak-anak yatim.

 

Oleh itu, Peduli Insan ingin membuka jalan untuk kita sama-sama bantu meringankan beban saudara seakidah dengan kita di sana.

 

Antara bentuk sumbangan yang akan kita berikan adalah:

1. Kotak Makanan

2. Bantuan Perubatan

3. Bantuan Pendidikan

 

Mereka dahulu juga hidup aman, selesa dan gembira seperti kita. Namun kini Allah uji dengan ‘sedikit’ ujian namun berat & mencabar buat kita dan mereka.

 

Mereka diuji dengan keadaan seperti itu, 

Kita pula diuji adakah hanya melihat dan membiarkan sahaja saudara kita begitu.

Ataupun kita akan cuba membantu mereka sedaya yang mungkin.

 

Mari hulurkan bantuan, ringankan beban saudara kita di Syria.

Semoga Allah gantikan segala kebaikan yang kita hulurkan dengan kebaikan dan nikmat di syurga yang tak terhingga. Amin 

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy