Raih Keberkatan Jumaat
 Dengan Bersedekah


  Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Banyak peristiwa penting di dalam Islam yang Allah caturkan terjadi dan akan berlaku pada hari Jumaat. Antaranya adalah penciptaan Nabi Adam, Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga, Nabi Adam diturunkan ke bumi, kejadian Hari Kiamat akan berlaku dan banyak lagi.


  Hari Jumaat juga adalah satu-satunya hari yang dinamakan sebagai surah di dalam al-Quran iaitu Surah Al-Jumuah. Disebalik hadirnya hari Jumaat pada setiap minggu, terdapat banyak kelebihan dan fadilat pada hari terbaik ini.

 Antaranya:

1. Doa pada hari ini mustajab

2. Ramai malaikat turun ke bumi

3. Hari yang digalakkan untuk bersedekah

  Sebagaimana Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk bersedekah, Hari Jumaat pula adalah hari yang terbaik dalam setiap minggu untuk berinfaq.  Sebagaimana Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan dalam kitabnya Zad Al-Maad:

“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

  Oleh itu, pada hari yang terbaik di antara 7 hari dalam seminggu ini, ayuh kita rebut peluang untuk gandakan pahala dengan bersedekah.
 


 

 
  Mari hulurkan bantuan dan sumbangan kepada para pelarian Syria yang berada di Kem Pelarian Syria. Kira-kira
400,000 orang pelarian kini berteduh di kem pelarian di Utara Syria. Mereka lari ke sana sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah hancur dibedil bom sang pemerintah. Lebih menyayat hati, ramai di antara mereka yang kehilangan suami dan juga anak-anak yatim.

 

 
 Oleh itu, Peduli Insan ingin membuka jalan untuk kita sama-sama bantu meringankan beban saudara seakidah dengan kita di sana.


Antara bentuk sumbangan yang akan kita berikan adalah:

1. Kotak Makanan

2. Bantuan Perubatan

3. Bantuan Pendidikan

  Mereka dahulu juga hidup aman, selesa dan gembira seperti kita. Namun kini Allah uji dengan ‘sedikit’ ujian namun berat & mencabar buat kita dan mereka. Mereka diuji dengan keadaan seperti itu, kita pula diuji adakah hanya melihat dan membiarkan sahaja saudara kita begitu. Ataupun kita akan cuba membantu mereka sedaya yang mungkin.




Mari hulurkan bantuan, ringankan beban saudara kita di Syria.

Semoga Allah gantikan segala kebaikan yang kita hulurkan dengan kebaikan dan nikmat di syurga yang tak terhingga.
Amin…

 

Peduliinsan logo

Siapakah kami?

Pertubuhan amal, bukan kerana untung yang berusaha untuk menyediakan;

Bagi orang-orang miskin dan pelarian di negara-negara yang menderita bencana kemanusiaan.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy