PEDULI INSAN MENYANTUNI ANAK-ANAK AUTISME

our_news

Disiarkan pada: 09-01-2023


post
Bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember, Peduli Insan berpeluang menyantuni anak-anak istimewa di NASOM.
NASOM atau Pertubuhan Kebangsaan Autisme Malaysia(The National Autisme Society of Malaysia) adalah Pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1987 khas untuk kanak-kanak autisme.
Antara aktiviti yang menghangatkan lagi suasana di samping mengeratkan lagi ukhwah antara kami adalah aktiviti mewarna, sukaneka bowling padang dan isi air ke dalam botol. Turut memeriahkan lagi pertemuan ini adalah para sukarelawan Skuad Ihsan. Sepanjang program, guru-guru NASOM memberikan pendedahan kepada Peduli Insan dan Skuad Ihsan tentang anak-anak autisme.
Skuad Ihsan dan Peduli Insan berpeluang dibimbing untuk mendekati dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar autisme. Ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kami bagaimana guru-guru di NASOM perlu sentiasa kreatif bagi membantu perkembangan pelajar mereka.
Peduli Insan sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada NASOM atas peluang serta pengalaman yang diberikan. Semoga dengan perkongsian ilmu serta pendedahan ini membolehkan kami memahami lebih dalam serta membantu anak-anak syurga seperti itu.
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy