Selimut Kasih Syria 2021
Tahukah kita, hampir
setiap tahun pasti ada keluarga yang ditemui maut di dalam khemah mereka akibat
beku dan kesejukan?
Selamatkan mereka dengan menghangatkan tubuh mereka
Kebanyakan dari kita rakyat Malaysia memasang impian untuk
menikmati musim sejuk dan salji seperti yang sering kita lihat di kaca
televisyen. Bagi kita salji dan cuaca sejuk adalah satu keseronokan yang tiada
di Malaysia. Hakikatnya, kedatangan
musim sejuk menjadi satu ketakutan
bagi jutaan pelarian yang berada di Kem Pelarian Syria.
Salji dan musim sejuk
yang dianggap keseronokan bagi kita sebenarnya adalah
ancaman yang bakal
meragut nyawa mereka.
Mana tidaknya, sejak menjadi pelarian mereka tidak lagi
tinggal di dalam rumah yang punya dinding yang tebal dan pintu yang tertutup
rapat. Sebaliknya, sepanjang hampir
10 tahun menjadi pelarian mereka terpaksa
hidup di dalam khemah yang kainnya kian reput akibat dimamah cuaca tak menentu
.
Ada ketika, khemah mereka dimasuki air akibat hujan dan
salji yang berterusan. Malah setiap tahun pasti ada khemah yang roboh akibat
angin terlalu kuat.
Bayangkan mereka terpaksa berhadapan dengan
cuaca serendah
-5 darjah celcius tanpa memakai baju sejuk yang tebal dan pakaian bersesuaian.
Anak kecil ada yang berjalan memijak salji tanpa memakai stokin dan kasut.
Pemanas dan minyak diesel saat ini bagaikan emas
Berebut
mereka untuk miliki. Kerana dengan adanya pemanas, sekurang-kurangnya suasana
panas dapat memeluk mereka ketika di dalam khemah. Namun, tak semua yang mampu milikinya.
Bayangkan, hampir setiap tahun
sekurang-kurangnya 20 orang kanak-kanak di kem pelarian Syria mati akibat kesejukan dan hypothermia.
Malah ramai juga golongan dewasa yang telah diragut nyawa akibat kebekuan.
Syukur Alhamdulillah, musim sejuk yang lalu Peduli Insan Malaysia telah berjaya menyalurkan sumbangan Musim Sejuk berjumlah
RM 1 juta
kepada pelarian
Syria yang berada di Lubnan, Turki dan Utara Syria.
Tahun ini Peduli Insan sekali lagi ingin mengajak anda semua
untuk sama-sama membantu menyelamatkan nyawa saudara kita di Syria yang
berisiko mati akibat cuaca sejuk yang ekstrim di dalam kempen
Selimut Kasih
Syria
dengan menghulurkan barangan dan peralatan yang akan membantu memanaskan tubuh mereka. Antaranya: Pakaian, Pemanas, Bahan Bakar dan Selimut.

Selimut Kasih Syria adalah Kempen Musim Sejuk yang dijalankan oleh Peduli Insan bagi membantu menghulurkan semaksima mungkin bantuan kepada pelarian Syria yang terpaksa berperang dengan kesejukan yang mengigit tulang.
Antara barangan keperluan yang sangat diperlukan mereka saat suhu di bawah paras beku ini adalah pakaian tebal, stokin, kasut, pemanas, minyak diesel dan selimut.
Ayuh rakyat Malaysia, kita kongsi sedikit rezeki dan harta
demi membela nasib dan menyelamatkan nyawa pelarian Syria yang menjadi mangsa
akibat tangan pemerintah mereka yang zalim.
Seringgit sumbangan anda bakal menyelamatkan nyawa mereka
Rasulullah saw bersabda :
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan
melepaskan daripadanya satu kesusahan pada
hari kiamat.
Sesiapa yang memudahkan
urusan orang lain,
pasti Allah akan memudahkan urusannya di
dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim).
Semoga dengan sumbangan yang kita hulurkan, Allah akan menyelamatkan kita dari segala musibah, malapetaka dan bencana. Semoga Allah permudahkan jalan kita ke syurga. Amin, Insya-Allah.
‘Ihsan Demi Insan’