Selimut Kasih Syria 2021

Tahukah kita, hampir setiap tahun pasti ada keluarga yang ditemui maut di dalam khemah mereka akibat beku dan kesejukan?

Selamatkan mereka dengan menghangatkan tubuh mereka

 
  Kebanyakan dari kita rakyat Malaysia memasang impian untuk menikmati musim sejuk dan salji seperti yang sering kita lihat di kaca televisyen. Bagi kita salji dan cuaca sejuk adalah satu keseronokan yang tiada di Malaysia. Hakikatnya, kedatangan musim sejuk menjadi satu ketakutan bagi jutaan pelarian yang berada di Kem Pelarian Syria. Salji dan musim sejuk yang dianggap keseronokan bagi kita sebenarnya adalah ancaman yang bakal meragut nyawa mereka.

  Mana tidaknya, sejak menjadi pelarian mereka tidak lagi tinggal di dalam rumah yang punya dinding yang tebal dan pintu yang tertutup rapat. Sebaliknya, sepanjang hampir 10 tahun menjadi pelarian mereka terpaksa hidup di dalam khemah yang kainnya kian reput akibat dimamah cuaca tak menentu . Ada ketika, khemah mereka dimasuki air akibat hujan dan salji yang berterusan. Malah setiap tahun pasti ada khemah yang roboh akibat angin terlalu kuat.

 

 

  Bayangkan mereka terpaksa berhadapan dengan cuaca serendah -5 darjah celcius tanpa memakai baju sejuk yang tebal dan pakaian bersesuaian. Anak kecil ada yang berjalan memijak salji tanpa memakai stokin dan kasut.

Pemanas dan minyak diesel saat ini bagaikan emas

  Berebut mereka untuk miliki. Kerana dengan adanya pemanas, sekurang-kurangnya suasana panas dapat memeluk mereka ketika di dalam khemah.  Namun, tak semua yang mampu milikinya.

  Bayangkan, hampir setiap tahun sekurang-kurangnya 20 orang kanak-kanak di kem pelarian Syria mati akibat kesejukan dan hypothermia. Malah ramai juga golongan dewasa yang telah diragut nyawa akibat kebekuan.


 

 

  Syukur Alhamdulillah, musim sejuk yang lalu Peduli Insan Malaysia telah berjaya menyalurkan sumbangan Musim Sejuk berjumlah RM 1 juta kepada pelarian Syria yang berada di Lubnan, Turki dan Utara Syria.

  Tahun ini Peduli Insan sekali lagi ingin mengajak anda semua untuk sama-sama membantu menyelamatkan nyawa saudara kita di Syria yang berisiko mati akibat cuaca sejuk yang ekstrim di dalam kempen Selimut Kasih Syria  dengan menghulurkan barangan dan peralatan yang akan membantu memanaskan tubuh mereka. Antaranya: Pakaian, Pemanas, Bahan Bakar dan Selimut.
 

 
 
  Selimut Kasih Syria adalah Kempen Musim Sejuk yang dijalankan oleh Peduli Insan bagi membantu menghulurkan semaksima mungkin bantuan kepada pelarian Syria yang terpaksa berperang dengan kesejukan yang mengigit tulang.

  Antara barangan keperluan yang sangat diperlukan mereka saat suhu di bawah paras beku ini adalah pakaian tebal, stokin, kasut, pemanas, minyak diesel dan selimut. 

  Ayuh rakyat Malaysia, kita kongsi sedikit rezeki dan harta demi membela nasib dan menyelamatkan nyawa pelarian Syria yang menjadi mangsa akibat tangan pemerintah mereka yang zalim.

Seringgit sumbangan anda bakal menyelamatkan nyawa mereka

 


Rasulullah saw bersabda :

 “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”  (Hadis riwayat Muslim).

   Semoga dengan sumbangan yang kita hulurkan, Allah akan menyelamatkan kita dari segala musibah, malapetaka dan bencana. Semoga Allah permudahkan jalan kita ke syurga. Amin, Insya-Allah. 


‘Ihsan Demi Insan’


Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy