winter14 1 Donate Now
Winter 1
MUSIM SEJUK KEMBALI MENGUJI MEREKA
Musim sejuk di Syria, Palestin atau Yaman bukan sekadar cuaca sejuk.
Ia bermaksud malam tanpa selimut, perut kosong tanpa makanan, dan anak-anak yang terpaksa menahan kesejukan ditemani hujan lebat tanpa pakaian tebal.
Winter 2
KENAPA PERLU BANTU SAUDARA DI SYRIA, PALESTIN & YAMAN?
Di Syria
Walaupun keadaan kelihatan lebih tenang berbanding dahulu, cuaca sejuk melampau dan suhu menjunam tetap menjadi cabaran besar setiap tahun. Ramai masih tinggal di rumah rosak atau khemah sementara, bergelut menahan kesejukan setiap malam.
Di Palestin
Banyak kem pelarian mengalami kebocoran dan banjir, khemah serta rumah sementara mereka rosak. Bekalan makanan juga berkurang, sehingga ada hari mereka tidur tanpa makanan yang cukup.
Di Yaman
Walaupun tidak bersalji, kesejukan malam tetap menggigit bagi mereka di khemah nipis. Krisis kebuluran yang belum selesai menjadikan bantuan makanan bernutrisi sangat kritikal di sini.
Winter 3
BERSAMA KITA JAYAKAN KEMPEN MUSIM SEJUK 14
Tahun ini, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia meneruskan lagi Kempen Musim Sejuk membawa kehangatan dan harapan kepada saudara-saudara kita di Syria dan Palestin yang masih bergelut menghadapi cuaca sejuk dari selimut.
Winter 4
Alhamdulillah ini adalah siri ke 14 Peduli Insan menjalankan kempen ini. Dan setiap tahun, kita melihat senyuman dan harapan baru terbit di wajah saudara-saudara kita.
Winter 5
Winter 6
MUSIM SEJUK, PEDULI INSAN DATANG!
Kita mungkin belum mampu untuk menamatkan kesusahan yang dihadapi. Tapi insyaAllah, bagi keluarga yang menerima bantuan, kehidupan hari ini sedikit lebih baik daripada sebelumnya. Ayuh, tunjukkan kepedulian kita!
Bersama-sama, kita jadikan musim sejuk ini lebih bermakna.
Winter 7
Sertai Kempen Musim Sejuk 14 Sekarang!
'IHSAN DEMI INSAN'



Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

   
You can register for automatic monthly donation using the link below

Infaqpay.my

Note: This donation is for Peduli Insan humantarian projects.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy