Bantuan Anda Bakal Merubah Kehidupan Mereka Yang Memerlukan
Ayuh Menyumbang Secara Bulanan Serendah RM10


Jutaan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi memilih Peduli Insan sebagai platform menyumbang dan menyalurkan kebaikan. Alhamdulillah, dengan sumbangan tuan/puan dan para penderma yang lain, kita telah membantu meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada ratusan ribu orang yang diuji dengan kesusahan di dalam Malaysia dan juga luar negara.


Kami di Peduli Insan komited untuk membantu seramai mungkin saudara-saudara kita yang memerlukan. Antara bentuk sumbangan yang akan kita sampaikan kepada mereka adalah merangkumi aspek kesihatan, pendidikan, pembangunan, bantuan am, penajaan dan perlindungan.  Sehubungan dengan itu, kami ingin mengajak anda untuk bersama kami dalam misi ini dengan menyertai Projek My Infaq .




Projek My Infaq adalah salah satu inisiatif Peduli Insan untuk membuka peluang kepada para penyumbang untuk menginfaq secara potongan setiap bulan (auto debit) melalui akaun bank.

Dalam masa yang sama, My Infaq juga ingin memudahkan dan membantu urusan para penyumbang agar tidak ketinggalan dalam meraih ganjaran bersedekah yang sedia maklum besar di sisi Allah.




Masih ramai lagi saudara kita yang memerlukan bantuan. Tak sedikit anak-anak yang menangis kelaparan setiap hari malah diuji dengan pelbagai penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Betapa ramai juga anak-anak kecil keciciran dalam pelajaran akibat dari kemiskinan serta terkorban akibat tiada bantuan dan perlindungan.


Ayuh tuan/puan, jangan berlengah lagi. Rebut keistimewaan bersedekah seperti yang dijanjikan Allah dengan menyertai program My Infaq. Semoga usaha kecil kita ini dipandang tinggi oleh Allah. Dan semoga Allah menerima segala amal kebaikan yang kita lakukan.


Melalui My Infaq, Insya-Allah sumbangan anda akan memberi manfaat kepada para asnaf dan fakir di dalam dan juga luar negara. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Berlindunglah dari api neraka walau hanya dengan sebahagian kecil dari sebiji kurma  (yakni sedekah yang sedikit).”

Jazakumullahu Khaira
‘Ihsan Demi Insan’

  Click here >> untuk tajaan bulanan anda melalui MyInfaq.



Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy