Orphan Sponsorship
You can sponsor an orphan of your choice as shown below. Or you can donate any amount you want (Automatic Monthly Orphan Sponsorship) by
Islam seorang anak yatim perempuan berumur 8 tahun.
Islam tinggal bersama ibu, bapa dan 5 orang adik-beradiknya. Bapanya bekerja sebagai pembaik pulih dapur minyak tanah.
Bapanya terbunuh dalam satu kejadian tembakan ketika ia berusia 6 tahun.
Ibu Islam membawa keluarganya ke utara Syria dan tinggal di dalam khemah di kem pelarian luar bandar Aleppo utara.
Muhammad seorang anak yatim berusia 12 tahun.
Muhammad tidak kenal bapanya yang pernah bekerja sebagai buruh binaan dan berusaha gigih membahagiakan anak-anaknya.
Bapa Muhammad menerima seksaan yang berat di dalam penjara sehingga ia meninggal dunia ketika Muhammad berusia 2 tahun.
Ibrahim seorang anak yatim berusia 10 tahun.
Ibrahim tidak dapat mengingati bapanya kerana bapanya mati syahid ketika ia berusia 2 tahun.
Bapanya dahulu seorang peniaga yang bertungkus-lumus menyara keluarganya yang terdiri daripada seorang isteri dan enam orang anak. Setelah sebulan dari kematian bapanya, keluarga ini mendapat seorang lagi cahaya mata.
Kehidupan keluarga ini menjadi tempang selepas kehilangan ketua keluarga. Mereka kemudiannya berpindah ke kem pelarian di utara Syria dan tinggal di dalam khemah.
Omar seorang anak yatim berusia 9 tahun.
Dia dilahirkan di kota Ariha - sebuah daerah yang diumpamakan taman syurga di bumi - di bawah jagaan seorang bapa bergaji sederhana. Ia sempat dipelihara dengan baik oleh keluarganya ketika berusia 1 tahun.
Bapanya terbunuh dalam serangan bom yang turut mengubah kehidupan di tempat tinggalnya menjadi seperti neraka.
Arwa seorang anak yatim perempuan yang berusia 5 tahun.
Ayahnya bekerja dengan pendapatan sederhana dan menguruskan keluarganya. Arwa sempat bersama ayahnya selama 3 bulan sahaja.
Mohammad seorang kanak-kanak yatim berusia 8 tahun.
Dahulu, Mohammad hidup gembira bersama ibu, bapa dan abangnya. Bapanya seorang buruh binaan dengan pendapatan sederhana. Beliau bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang baik untuk dua orang anaknya dan isterinya.
Ketika berusia setahun, bapa Mohammad mati syahid akibat bom tong yang digugurkan di bandar Aleppo. Sejak itu, penderitaan keluarga ini bermula.
Muhammad seorang budak lelaki syria berusia 6 tahun.
Bapanya meninggal dunia ketika ia mencecah usia dua tahun.
Bapa Mohammad mengalami kecederaan dalam sebuah serangan dahsyat yang menyasarkan tempat tinggal mereka di bandar Douma, sebuah daerah di luar Damsyik. Bapanya dibawa ke Hospital Maidan dan berada dalam keadaan kritikal selama beberapa hari sebelum ia meninggal dunia.
Selepas Muhammad dilahirkan, ibunya memutuskan untuk membawa anak-anaknya berhijrah ke kawasan yang lebih selamat di Utara Syria.
Hanin merupakan anak yatim perempuan Syria yang baru berusia 4 tahun.
Hanin tinggal di sebuah khemah yang usang di Utara Syria bersama ibu dan adik lelakinya.
Hanin kehilangan bapanya dua tahun lalu kerana terkena tembakan rambang semasa pulang ke rumahnya di bandar Aleppo.
Husun merupakan seorang budak perempuan yang berusia 10 tahun.
Husun adalah anak yatim. Bapanya meninggal dunia lapan tahun lalu dalam peristiwa tembakan rambang semasa keluar membeli roti untuk keluarganya.
Selepas kematian bapa, Husun dan ibunya berhijrah ke utara Syria untuk mencari keamanan.