IBRAHIM LETFU

100%

Raised: RM3000

Goal: RM3000

orphan

Ibrahim seorang anak yatim berusia 10 tahun.


Ibrahim tidak dapat mengingati bapanya kerana bapanya mati syahid ketika ia berusia 2 tahun.


Bapanya dahulu seorang peniaga yang bertungkus-lumus menyara keluarganya yang terdiri daripada seorang isteri dan enam orang anak. Setelah sebulan dari kematian bapanya, keluarga ini mendapat seorang lagi cahaya mata.


Kehidupan keluarga ini menjadi tempang selepas kehilangan ketua keluarga. Mereka kemudiannya berpindah ke kem pelarian di utara Syria dan tinggal di dalam khemah.

orphan

Ibu Ibrahim sukar mendapat pekerjaan dan ia merasa sedih melihat anak-anaknya membesar di dalam khemah. Namun ia bersyukur kerana pihak sekolah mempunyai ruang kosong untuk diisi oleh Ibrahim.


Ibrahim sedang berada dalam darjah tiga di sekolah kem pelarian. Beliau bercita-cita mahu menjadi anggota polis yang dapat membela rakyat atau menjadi guru yang dapat mengajar erti kasih sayang,  menyekat unsur-unsur kezaliman dan menghentikan peperangan.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Ibrahim dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy