Ibadah qurban adalah cabang dari amalan sedekah. Ia merupakan salah satu sunnah yang sering diamalkan oleh Rasulullah s.a.w pada setiap kali tibanya Aidil Adha. Ibadah qurban mengajar manusia dua perkara. Pertama, sedekah qurban melatih manusia melonggarkan keterikatan jiwa terhadap harta dan dunia serta meningkatkan keyakinan terhadap fadhilat bersedekah di sisi Allah. Kedua, agihan daging qurban dapat memupuk rasa ihsan terhadap fakir dan miskin, mengeratkan persaudaraan Islam sesama jiran dan rakan serta mempertaut silaturrahim sesama sanak saudara.
Catatan kecil ini memuatkan 41 Soal Jawab Tentang Ibadah Qurban yang berasaskan teori hukum dan realiti kehidupan. Ia terinspirasi dari beberapa persoalan hukum yang diajukan oleh para penderma kepada Pertubuhan Peduli Insan melalui Unit Khidmat Pelanggannya. Soalan-soalan tersebut kemudiannya dihimpun dan dihurai dengan uslub yang mudah, bersama iringan dalil syarak serta kupasan para ulama muktabar secara ringkas sebagai justifikasi kepada huraian.
Views: 1625
Downloads: 91
Amalan aqiqah merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan. Ia dilaksanakan dengan objektif menzahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi rezeki zuriat. Selain aqiqah, seorang bapa juga disunatkan melafazkan azan di telinga anak, melakukan tahnik, mencukur rambut, menimbang dan bersedekah dengan nilai perak atau emas dari berat rambut yang dicukur serta menamakan anaknya dengan nama yang baik. Aqiqah adalah tanggungjawab permulaan bapa dan ibu terhadap anak mereka. Seiring dengan tumbesaran anak, tanggungjawab bapa dan ibu terhadap anak turut meningkat. Ia perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan kesabaran kerana proses mewujudkan generasi yang baik merupakan sebuah perjalanan yang panjang dan mencabar namun amat berbaloi untuk menyemarakkan ikatan kasih sayang dalam sebuah keluarga serta melahirkan generasi manusia yang berbakti kepada kepada agama, bangsa, negara.
Views: 822
Downloads: 12
Islam adalah agama Allah yang sarat dengan prinsip rahmah. Ia wujud dalam setiap perincian syariat dan ajarannya. Malah, Islam dan rahmah saling berlaziman. Mana tidaknya, perkataan rahmah itu sendiri adalah berasal dari nama Allah Ar-Rahman (الرحمن) dan Ar-Rahim (الرحيم). Justeru, dari kedua-dua nama yang mulia ini, Allah melebarkan rahmahNya ke seluruh alam semesta termasuklah agamaNya yang suci, seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat 156, Surah Al-A`raf (yang bermaksud):
Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu.
Rahmah Allah ini kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai prinsip dan kaedah, di antaranya prinsip ihsan . Boleh dikatakan, prinsip ihsan lahir secara langsung dari rahmah. Justeru, bagi menjelaskan kepentingan rahmah dan ihsan serta kesan-kesan positifnya dalam kehidupan, catatan kecil ini cuba menghurai prinsip berkenaan menerusi 42 buah topik yang diceduk dari hadith-hadith Nabi s.a.w dan ayat Al-Quran. Dari huraian-huraian tersebut dapat dirumuskan, prinsip rahmah dan ihsan dapat dilihat dalam pelbagai pendekatan seperti menunaikan hak, bertoleransi, anjal, bertimbang rasa, berbelas kasihan, hormat-menghormati, berseimbang dalam beragama dan seumpamanya, sama ada terhadap diri sendiri, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau seluruh hidupan yang lain.
Views: 1057
Downloads: 32
Merawat penyakit dengan bersedekah adalah salah satu kaedah yang telah disebut dalam hadith Baginda Nabi s.a.w. Kenyataan ini bukan bermaksud menolak cara perawatan dengan menggunakan ubat-ubatan dan sebagainya, tetapi ia merupakan salah satu ikhtiar tambahan yang boleh diusahakan oleh pesakit. Justeru, ikhtiar dengan cara perawatan, mengamalkan pantang larang dan mengambil ubat-ubatan tidaklah dikesampingkan.
Buku kecil ini cuba memberi gambaran seimbang kepada pembaca tentang kehebatan amalan sedekah dan keberkatannya dalam menyembuhkan penyakit dengan izin Allah s.w.t. Selain itu, ia turut menyentuh beberapa tips dan cara bersedekah yang pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan beberapa orang sahabat baginda yang lain. Tuntasnya, sedekah bukan sekadar wasilah untuk membahagiakan penerimanya, tetapi ia turut memberikan pelbagai manfaat dunia dan akhirat untuk pemberinya.
Views: 784
Downloads: 14
Berdoa merupakan intipati kehambaan yang dizahirkan oleh seorang manusia kepada Tuhannya. Ketika berdoa, manusia akan berterus-terang dengan Tuhannya, mengadu segala kesusahan dan kesedihan serta menceritakan segala perkara termasuk hal-hal yang bersifat peribadi atau remeh tanpa rasa segan dan malu.
Berdoa dengan apa jua uslub bahasa adalah baik. Ia masih termasuk dalam ibadah dan ketundukan kepada Allah. Namun berdoa menggunakan riwayat yang warid dari sumber wahyu tentunya lebih afdhal. Ini kerana teks doa yang ma`thur dari Al-Quran dan Hadith adalah lebih merangkum dan mempunyai pemilihan perkataan yang lebih tepat dan padat.Buku ini memuatkan sekitar 40 rangkap doa yang telah diceduk dari hadith-hadith Nabi s.a.w dan Al-Quran. Kebanyakan doa yang dimuatkan adalah berbentuk al-jawami` iaitu doa-doa yang ringkas tetapi mempunyai makna yang mencakupi segala kebaikan atau menolak keburukan yang pelbagai. Catatan ini juga cuba menyenaraikan doa-doa yang berasaskan situasi dan realiti kehidupan manusia yang merangkumi keperluan dunia dan akhirat, sama ada ia melibatkan diri, harta-benda, rezeki, agama, akhlak, kesihatan, emosi dan pelbagai lagi yang membabitkan diri sendiri dan orang lain.
Views: 932
Downloads: 22
Puasa merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Ia diwajibkan ke atas mukallaf yang mukmin selama sebulan dalam setahun serta disunatkan pada hari-hari tertentu di sepanjang tahun. Objektif utamanya hanya satu iaitu untuk membangunkan upaya taqwa di kalangan manusia yang beriman dan menjadikan mereka di kalangan golongan muttaqin secara sepenuh masa dalam kehidupan.
Buku kecil ini memuatkan 41 buah topik berkaitan ibadah puasa yang merangkumi sepotong ayat Al-Quran dan 52 buah hadith-hadith Nabi s.a.w. Ia disusun bertujuan untuk menambahkan pendedahan kepada para pembaca terhadap hadith-hadith Nabi berkaitan puasa. Setiap dalil yang disusun telah dihurai dengan uslub yang ringkas dan sederhana bagi membentuk kefahaman asas terhadap maksud Allah dan Rasulullah s.a.w dari hadith-hadith terbabit. Buku ini boleh dijadikan sebagai bacaan pemula dalam topik puasa dan sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat.
Views: 960
Downloads: 20
Buku Sirah dengan judul timangan Nur Al-`Uyun ini memaparkan peristiwa hidup Rasulullah s.a.w secara ringkas menerusi pendekatan Sirah bersulamkan Syama-il Nabi (keperibadian). Selain dari data-data Sirah yang biasa ditemui, penulis turut memuatkan beberapa info peribadi Nabi yang mungkin jarang ditemui dalam penulisan lain seperti bilangan dan jenis senjata yang pernah Nabi miliki, menyenaraikan 27 orang hamba sahaya Nabi, menyenaraikan nama bapa saudara dan ibu saudara Nabi, jenis-jenis pakaian yang pernah Nabi miliki, jenis dan bilangan haiwan ternakan Nabi dan seumpamanya. Buku ini menjadi semakin unik apabila penulis turut meletakkan beberapa sub topik berkaitan wanita-wanita yang pernah dikahwini Nabi namun diceraikan oleh Nabi atau meninggal dunia sebelum sempat memulakan hidup dengan Nabi.
Tak kenal, maka tak cinta. Bertambah kenal Rasul, maka bertambah jua rasa kasih dan hormat kepada baginda. Buku ini sesuai menjadi bacaan pemula bagi umat Islam, khususnya di Malaysia.
Views: 952
Downloads: 34
Who we are:
To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy