Penderitaan Alaa berterusan. Setiap hari anak kecil ini menangis kesakitan.
SEDIH, KASIHAN, sudah semestinya. Tapi inilah realiti yang mesti dilalui oleh Alaa, berusia 6 tahun ini yang merupakan seorang kanak-kanak Syria yang menghidap Meningitis, atau jangkitan pada selaput otak.
Disebabkan penyakit ini, Alaa sering mengalami serangan-serangan sawan yang sangat merisaukan dan juga masalah atrofi otak.
Raised: RM9200
Goal: RM9200
Sedih bila tengok keadaan Sidra, kanak-kanak Syria umur 10 tahun ini. Dia telah diuji dengan kecacatan pada tulang belakangnya.
Ada benjolan besar tumbuh pada bahagian belakangnya. Doktor mengesahkan yang dia menghidap meningocele.
Ketumbuhan tersebut menyebabkan Sidra tidak dapat menjadi aktif seperti kanak-kanak lain seusianya.
Raised: RM19100
Goal: RM19100
Nasib tidak menyebelahi adik Qassim, seorang bayi Syria berumur 6 bulan apabila dia dilahirkan dengan penyakit hidrosefalus, iaitu lebihan cecair dalam otak.
Bayi kecil itu tinggal bersama tiga orang ahli keluarganya di khemah Saaira di utara Syria.
Raised: RM10000
Goal: RM10000
Sayu sangat bila tengok keadaan Adik Munir. Umurnya kecil lagi tapi terpaksa menanggung sakit yang sangat perit.
Adik Munir merupakan seorang anak Syria. Dia mengalami kecacatan Vesicoureteral Reflux yang menyebabkan air kencing yang bertakung di dalam pundi kencing untuk mengalir semula balik ke saluran kencing dan seterusnya ke dalam buah pinggang.
Penyakit ini sangat jarang dijumpai. Hanya berlaku kepada 1 dalam 100 individu sahaja.
Raised: RM6200
Goal: RM6200
Adik Reem Muhamad ialah seorang bayi Syria umur 7 hari yang sangat istimewa.
Dia tidak dilahirkan normal seperti bayi-bayi yang lain. Dia telah disahkan menghidap atresia usus atau kecacatan pada ususnya.
Sejak lahir, hidupnya penuh dengan tangisan akibat menanggung kesakitan yang amat sangat.
Raised: RM6200
Goal: RM6200
Bayi 1 bulan tersebut adalah Reem Mubarak, seorang bayi Syria. Sejak dilahirkan, dia telah menghidap penyakit hidrosefalus atau lebihan cecair dalam otak.
Setiap hari, kepalanya akan membengkak sebanyak 1 cm akibat cecair dalam otaknya yang semakin bertambah.
Jika tidak segera dirawat, penyakit ini akan menjadi lebih teruk dan akhirnya membawa kepada maut.
Raised: RM17600
Goal: RM17600
Ini adik Reem. Seorang bayi Syria yang berusia 5 bulan.
Reem telah dilahirkan dengan kecacatan saluran usus dan esofagus yang sempit
Disebabkan ini, sistem penghadamannya tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak membolehkannya untuk membuang air besar.
Jadi, Reem memerlukan pembedahan segera atau nyawanya mungkin dalam bahaya.
Raised: RM11500
Goal: RM11500
Who we are:
To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy