Kes Kecemasan " Nisreen "

Nisreen adalah seorang anak Syria berusia empat bulan.

Sejak lahir, Nisreen bagai tak berpeluang merasai nikmat kehidupan. Setiap detik, apa yang dirasakan Nisreen adalah perasaan sakit dan terseksa.

Takdir Ilahi, Nisreen dilahirkan dengan penyakit hidrosefalus iaitu pengumpulan cecair di dalam rongga otak yang mengancam nyawanya.

Bukan itu saja, Nisreen juga mempunyai ketumbuhan di tulang belakangnya. Lebih merisaukan, ketumbuhan itu semakin membesar dari hari ke hari.
100%

Raised: RM22100

Goal: RM22100

Kes Kecemasan "Yusuf"

Yusuf, seorang kanak-kanak Syria berusia lima tahun.

Yusuf tidak seperti kanak-kanak lain. Dia tidak boleh berjalan, bermain mahupun bercakap.

Yusuf dilahirkan dengan lumpuh separa pergerakan, hidrosefalus (Pengumpulan cecair dalam rongga otak) dan lubang di jantung.

Setiap hari Yusuf mengalami sawan saraf, kesukaran bernafas dan keletihan yang melampau.
100%

Raised: RM7800

Goal: RM7800

Kes Kecemasan "Muhammad"

Muhammad Hamido adalah seorang anak yatim Syria yang kehilangan ayahnya lima tahun yang lalu akibat perang di Syria.

Muhammad menderita akibat kegagalan buah pinggang dan dia memerlukan pemindahan buah pinggang secepat mungkin.

Ibu Muhammad tidak sanggup melihat penderitaan anaknya di hadapan mata tanpa melakukan apa-apa tindakan. Maka dia memutuskan untuk menderma salah satu buah pinggangnya bagi menyelamatkan anaknya yang baru berusia 10 tahun itu.
100%

Raised: RM16500

Goal: RM16500

kes kecemasan "Naya"

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Siapa hilangkan satu penderitaan seorang muslim maka Allah akan hilangkan satu dari beberapa penderitaan di hari kiamat”.
Naya Ahmad, seorang bayi Syria, berusia tiga bulan setengah, tinggal bersama keluarganya di Kuala Lumpur. Sejurus selepas dilahirkan, gadis itu terkena penyakit kuning dan muntah berterusan tanpa henti.
Beliau dikejarkan ke hospital oleh ayahnya, dan didapati oleh doktor bahawa terdapat keradangan (kista kuning) di atas hati anak, yang menyebabkan kesukaran untuk menghadamkan makanan, Para doktor meminta kepada ayah bayi itu (Naya) untuk melakukan imbasan MRI dan pembedahan secepat mungkin bagi gadis itu.
Ibu bapa gadis itu berada dalam keadaan kewangan yang sangat buruk, di mana ayah gadis itu adalah satu-satunya pencari nafkah bagi sepuluh individu, dan mereka berusaha sekuat tenaga untuk mencari jalan penyelesaian dan mengumpulkan jumlah yang diperlukan untuk imbasan MRI dan pembedahan, yang mana dianggarkan dalam (RM14,200), tetapi  setakat ini mereka tidak menemui lagi jalan penyelesaian untuk musibah ini.
Bantu kami menyelamatkan nyawa Naya sebelum terlambat, kerana keluarganya dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan yang besar terhadap nasib gadis kecil mereka.

Catatan: Kes Naya dan keluarganya adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Naya dan keluarganya, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.
100%

Raised: RM13454

Goal: RM13454

kes kecemasan "Qasim"

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia, adalah yang paling bermanfaat buat manusia lain"

Qasim, seorang lelaki Syria yang tinggal di Malaysia selama 6 tahun bersama enam anaknya dan isterinya.

Beliau berkerja di pelbagai restoran sejak kedatangannya hingga awal krisis COVID-19, lalu dia menjadi penganggur dan tidak dapat membayar sewa rumah atau mencari nafkah untuk anak-anaknya.
Beliau juga menderita selaput putih di matanya, lalu penyakit itu berpindah ke mata kedua dalam beberapa bulan kemudian.

Ini disebabkan oleh ketidakmampuan kewangannya untuk menanggung kos rawatan sehingga kekurangan penglihatan pada mata pertama mencapai 95% dan mata kedua mencapai 80%.

Beliau hampir kehilangan kemampuan untuk melihat sepenuhnya jika keadaan kesihatannya tidak dirawat dengan segera.

Pembedahan pertama dilakukan untuk mata pertama pada 04/01/2021.

Pesakit sekarang memerlukan pembedahan kedua dan memerlukan bantuan kewangan kecemasan agar dia tidak diusir dari rumah bersama keluarganya kerana tidak mampu membayar sewa.

Keadaan kesihatan Qasim memerlukan lebih kurang RM8355.
Jom menyumbang bersama kami untuk menyelamatkan matanya dari kehilangan penglihatan jika rawatan tidak segera dilakukan.


Catatan: Kes Qasim dan keluarganya adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Qasim dan keluarganya, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.
100%

Raised: RM9804

Goal: RM9804

kes "Hajjah Rafah"

Allah SWT berfirman: {Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan}.

Rafah, seorang nenek Syria yang tinggal selama 5 tahun di Malaysia dengan anak perempuannya, bergantung pada dirinya sendiri dan apa yang dia buat dari makanan dan menjual produk melalui penjualan dalam talian untuk mencari nafkah hariannya.

Beliau mengalami kemalangan terjatuh dan pengsan untuk pertama kalinya pada 10/19/2019. Lalu dibawa ke hospital dan didapati ada bahagian otak yang darah tidak dapat menjangkauinya, yang menyebabkan serangan epilepsi secara tiba-tiba.

Didapati juga bahawa beliau mempunyai empat tulang patah di bahagian peha, kaki, dan bahu yang menyebabkan dia menghadapi masalah menggunakan tangannya dan sekarang dia memerlukan dua pembedahan memasukkan besi untuk menyambungkan tulang.

Beliau telah menjalani pembedahan memasukan besi dalam tulang kaki dan tinggal lagi menjalani pembedahan bahu.

Beliau juga menderita selaput putih di matanya, menyebabkan penglihatannya hilang sebanyak 80%, dan dia memerlukan pembedahan laser untuk memulihkan penglihatannya.

Beliau adalah pesakit asma kronik dan memerlukan alat bantuan penafasan dalaman dan luaran.

Keadaan kesihatan nenek miskin ini sangat sukar, dan dia memerlukan rawatan perubatan secepat mungkin untuk mendapatkan kembali kesihatannya seperti biasa.

Jadilah sebahagian dari kepulangan nenek ini ke kehidupan semula jadi dan derma bersama kami untuk mengumbulkan jumlah kos rawatannya, yang dianggarkan dalam (RM16410).

Catatan: Kes Rafah adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Rafah, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.


100%

Raised: RM16410

Goal: RM16410

kes "Hajjah Fatima"

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan antara orang-orang mukmin dalam kasih sayang mereka bagaikan sebuah jasad apabila salah satu anggota tubuh ada yang sakit maka anggota tubuh yang lain juga merasakan sakit”

Hajjah Fatima, 62 tahun, seorang Warga Syria yang tinggal bersama suami di Damsyik di sebuah bilik lama yang tidak sesuai untuk dihuni.
Mereka kehilangan kediaman dan sumber pendapatan sejak 10 tahun ketika perang bermula.

Hajjah Fatima menderita beberapa penyakit kronik dan mengalami kemalangan kereta sejak tahun lalu ketika beliau cuba melintas jalan raya.

Kakinya mengalami patah tulang dan luka, kemudian mengalami jangkitan dan kecacatan di mana beliau tidak dapat merawatnya kerana keadaan kemiskinannya dan ketidakmampuannya untuk menanggung kosnya.

Hajjah Fatima memerlukan pembedahan dan rawatan untuk kakinya dengan segera agar tidak dipotong dan kehilangan kemampuan untuk berjalan di atasnya, kos rawatan Hajjah Fatima memerlukan lebih kurang (RM 8266).

Derma sekarang untuk rawatan Hajjah miskin ini dan jadilah penyebab untuk mengelakkan kakinya terpotong kerana penyakit.

Catatan: Kes Fatima adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Syria. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Fatima, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.
100%

Raised: RM8266

Goal: RM8266

kes kecemasan "Huzaifa"

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan antara orang-orang mukmin dalam kasih sayang mereka bagaikan sebuah jasad apabila salah satu anggota tubuh ada yang sakit maka anggota tubuh yang lain juga merasakan sakit”

Huzaifa, seorang lelaki Syria berusia 25 tahun yang tinggal di Malaysia, beliau terlibat dalam kemalangan motosikal, yang menyebabkan kecederaan parah dan terdedah kepada beberapa patah tulang di seluruh badannya (tulang selangka, tulang rusuk, lengan, kaki dan lutut) selain pendarahan otak dan paru-paru.

Syukur kepada Allah SWT, tiga pembedahan berjaya dilakukan, dan beberapa pembedahan masih belum dilakukan, selain kos rawatan perubatan.

Keluarga Huzaifa adalah salah satu keluarga yang lemah dari segi kewangan di mana mereka tidak dapat membayar baki kos rawatan kerana keadaan hidup mereka yang sukar, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk membayar bil terkumpul untuk rawatan anak mereka.

Nyawa Huzaifa dalam bahaya sekiranya rawatan tidak diselesaikan dengan segera.

Catatan: Kes Huzaifa adalah salah satu daripada beratus-ratus kes yang kami laksanakan di Malaysia. Bagi mereka yang ingin membantu kes-kes lain seperti kes Huzaifa, sila hubungi Jabatan Kes di alamat berikut case@peduliinsan.org untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Semoga Allah mempermudahkan hidup anda seperti yang anda buat untuk orang lain.

100%

Raised: RM10074

Goal: RM10074

Kes kecemasan perubatan

Mengenai penyakit ini:
Seorang pesakit Syria yang mempunyai 3 anak dan seorang isteri, beliau menderita penyakit "Multiple sclerosis", menderita sakit parah dan kebas pada anggota badan yang menghalangnya berkerja, mengalami keletihan, kelemahan dan kekejangan yang berterusan.
Beliau memerlukan suntikan setiap 48 jam untuk membantunya mengurangkan gejala penyakit, dan boleh hidup hampir normal untuk dapat berkerja dan menyara keluarganya.

Kos rawatan di Malaysia:
15 jarum suntik yang cukup untuk satu bulan sahaja, dengan harga lebih kurang RM4,150, manakala tidak ada diskaun bagi pemegang kad UNHCR atau kad MAHAR (yang diberikan kepada pelarian Syria), dan tidak ada sokongan untuk mengurangkan kos rawatan.

Setelah mencari ubat tersebut di beberapa negara, ubat yang diperlukan ditemui di negara Turki (90 jarum suntik cukup untuk 6 bulan) dengan harga 1740$ dolar sekali kos penghantaran, setara dengan 7000 ringgit sahaja.

Pesakit sekarang sangat memerlukan ubat itu..
Kami meminta Allah SWT agar memberikan kesembuhan dan kesihatan kepadanya dan semua orang Islam yang sakit.

Sekiranya anda ingin menolong pesakit dan memberi sumbangan dalam rawatannya sehingga dia dapat kembali ke keluarganya dalam keadaan sihat, sumbangan boleh disalurkan melalui:

Bank: MAYBANK
Number of Account: 562106693184 
PERTUBUHAN PEDULI INSAN
Remark: MR RIFAIE
 
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin menziarahi pesakit, sila hubungi wakil PERTUBUHAN PEDULI INSAN:
Mr Muhamad Basil at 0176362996 .

Sila kongsikan mesej dengan rakan-rakan anda.  
Kami sangat menghargai pertolongan dan sokongan kalian...
Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda semua.
100%

Raised: RM7000

Goal: RM7000

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy