Kes Kecemasan " Ritaj "

100%

Raised: RM14200

Goal: RM14200

cause

Anak kecil yang berusia 8 bulan ini bernama Ritaj.


Sejak dilahirkan, Ibu bapa Ritaj mendapati kepala Ritaj membesar dengan ketara secara tidak normal. Kebimbangan ini mendesak mereka untuk mendapatkan jawapan di hospital.

 

Sejurus selepas pemeriksaan di hospital, ibu bapa Ritaj dikejutkan dengan penyakit yang menimpa anak mereka.

 

Menurut laporan doktor, Ritaj menghidap penyakit hidrosefalus yang serius yang memerlukan pembedahan segera.

Kata-kata doktor itu telah membuatkan ibu bapa Ritaj buntu. Manakan tidak, mereka kini menerap di Utara Syria dan tak mempunyai wang untuk merawat anak mereka.


Beberapa hari lalu, keadaan Ritaj semakin teruk apabila otaknya dijangkiti virus dan telah menyebabkan keradangan.

 

Ibu bapa Ritaj terpaksa membawanya ke hospital dan dia kini dalam pemantauan anggota kesihatan.


Pada waktu ini, Ritaj perlu menjalani pembedahan untuk menyedut lebihan cecair di otaknya. Kemudian Ritaj perlu menjalani rawatan untuk menyembuhkan radang di otaknya.


Tidak berakhir di situ. Setelah selesai semuanya, Ritaj taj kemudiannya perlu memasang beg di dalam tubuh untuk sepanjang hayatnya.

cause

Keluarga Ritaj berasa sangat sedih dan hampir berputus asa. Apatah lagi melihat keadaan Ritaj yang samakin merisaukan.

 

Mereka merayu kepada orang ramai untuk sama-sama membantu dan menyumbang untuk rawatan anak perempuan mereka, walaupun dengan jumlah yang kecil.


Peduli Insan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anak kecil ini menerima rawatan dan melakukan pembedahan secepat mungkin.


Kos yang diperlukan adalah sebanyak RM14,200

cause

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu membantu saudaranya.” HR Muslim.

 

Ayuh sama-sama kita bantu dan ringankan beban keluarga Ritaj.

 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061809
Ref : Ritaj 


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kes@peduliinsan.org

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy