Tabung Bantuan Prihatin "Adik Qaisar"

100%

Raised: RM72268

Goal: RM72268

cause

Adik Muhammad Qaisar bin Muhammad Qaiyum disahkan menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) ketika dia berusia 3 bulan. Qaisar dilahirkan dalam keadaan sihat sehinggalah ibu bapa Qaisar menyedari pergerakan Qaisar semakin lemah ketika Qaisar berusia 2 bulan. Pernafasan Qaisar juga turut terganggu. 


Anak-anak yang menghidap penyakit SMA akan mengalami kelemahan otot yang parah, terutamanya pada otot-otot yang mengendalikan gerakan dan pernafasan. Selain pernafasan, Qaisar juga susah untuk mengangkat kepala, menggerakkan tangan serta kaki dan juga anggota tubuh badan yang lain. 

cause

Penjagaan anak-anak SMA seperti Qaisar tidaklah mudah. Mereka memerlukan penjagaan yang rapi, ubat-ubatan khusus dan mesin-mesin serta kelengkapan yang mencukupi. Tak sedikit, wang yang diperlukan. Perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh ibu bapa Qaisar bagi menjaga dan merawat adik Qaisar sangat besar.


Doktor menyarankan Qaisar untuk mengambil ubat Risdiplam bagi menguatkan otot-ototnya. Namun, sebotol ubat itu berharga RM40,400 dan ianya cuba bertahan untuk 50 hari sahaja. Dan ubat ni perlu diambil beberapa botol. Tidak cukup dengan hanya sebotol sahaja.

 

 

Qaisar perlu mendapatkan 5 dos suntikan. Di mana setiap satu suntikan menelan kos sebanyak RM3700. Selain itu, Qaisar juga perlu sering bergantung kepada mesin BiPAP bagi membantu pernafasannya. 

    

cause

Kita yang melihat pun sudah cukup sedih dan pilu, inikan pula ibu bapa Qaisar yang terpaksa melalui detik-detik sukar ini. Apatah lagi Qaisar adalah anak pertama bagi kedua ibu dan bapanya. Besar harapan ibu bapanya untuk melihat Qaisar sembuh, sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain. 

 

Berat mana pun ujian Adik Qaisar, ia pasti menjadi ringan jika kita sama-sama mencari jalan membantu adik Qaisar untuk terus bertahan dan pulih dari sakitnya. Mungkin tak banyak yang dapat kita hulur, tapi sedikit yang kita kirimkan sangat bermakna buat Qaisar.

cause

 

Qaisar sangat memerlukan kita saat ini.

Semoga berkat doa, bantuan dan infaq anda, Qaisar dapat hidup sihat dan riang satu hari nanti. Insya-Allah

 

  Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Adik Qaisar

 


Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui 

kes@peduliinsan.org

Donation Details

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy