MOHAMMAD AL-SOLEH

100%

Raised: RM3000

Goal: RM3000

orphan

Mohammad seorang kanak-kanak yatim berusia 8 tahun.


Dahulu, Mohammad hidup gembira bersama ibu, bapa dan abangnya. Bapanya seorang buruh binaan dengan pendapatan sederhana. Beliau bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang baik untuk dua orang anaknya dan isterinya.


Ketika berusia setahun, bapa Mohammad mati syahid akibat bom tong yang digugurkan di bandar Aleppo. Sejak itu, penderitaan keluarga ini bermula.

orphan

Kerana bimbangkan anak-anak, Ibu Mohammad melarikan diri ke kem pelarian di utara Syria dan menetap bersama keluarga kecilnya di sebuah khemah yang tidak menyediakan sebarang keperluan asas kehidupan.


Ibunya melakukan usaha-usaha yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan, namun tidak berjaya. Situasi yang sudah sedia meruncing menjadikan hidup di kem pelarian semakin buruk dan sukar.

orphan

Mohammad mengimpikan ia diberi peluang untuk belajar, walaupun duduk di atas tanah tanpa kerusi dan buku. Sementara menanti impian menjadi realiti, ia mengisi masa dengan membaca Al-Quran dan menenangkan hati dengan bermain bola kecuali di musim sejuk disebabkan khemah dibanjiri air hujan atau diliputi salji.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Mohammad dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy