Arwa seorang anak yatim perempuan yang berusia 5 tahun.
Ayahnya bekerja dengan pendapatan sederhana dan menguruskan keluarganya. Arwa sempat bersama ayahnya selama 3 bulan sahaja.
ARWA AL-HASAN
Raised: RM3000
Goal: RM3000
Arwa seorang anak yatim perempuan yang berusia 5 tahun.
Ayahnya bekerja dengan pendapatan sederhana dan menguruskan keluarganya. Arwa sempat bersama ayahnya selama 3 bulan sahaja.
Pada 20/07/2017, Arwa, ibu dan 2 orang abangnya terselamat dalam serangan tentera udara yang mengorbankan bapanya.
Ibunya mengalami hidup yang sukar, lalu ia berhijrah ke utara dan menetap bersama keluarga dan anaknya yang yatim di sebuah kem di kawasan luar bandar utara Aleppo.
Setakat ini, ibu Arwa gagal mendapatkan pekerjaan yang dapat memenuhi keperluan hidup atau yang dapat melindungi keluarganya.
Arwa juga masih belum dapat memasuki sekolah kerana situasi yang menghimpit dan tiada kekosongan untuknya di mana-mana sekolah di kawasan ini. Pun begitu, ia tidak berhenti dari melukis sebagai cara meluahkan rasa sedih di dada.
Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Arwa dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya .
H.R Muslim
Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.
Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.
Note: *This orphan sponsorship project is for a period of one year. Payment must be made monthly.
Who we are:
To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy