Rasulullah saw bersabda,

"Aku dan orang yang mengasuh atau memelihara anak yatim akan berada di syurga begini." kemudian baginda saw mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggangkannya sedikit." (Riwayat Bukhari).

 
 Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Sudah tentu seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Aidilfitri dengan penuh gembira bersama keluarga masing-masing.

  Namun, dalam kemeriahan dan kegembiraan itu, ada insan-insan istimewa yang tidak mampu bergembira. Malah terpaksa menyambut kedatangan Aidilfitri dengan linangan air mata.


 
  Sejak perang Syria berlaku 10 tahun dahulu, kira-kira 1 juta anak-anak Syria telah kehilangan ibu bapa mereka. Ada dari mereka yang kehilangan bapa ketika bapa mereka bertempur dengan tentera Basyar demi menyelamatkan maruah negara dan agama.



  Ada juga yang ibu bapa mereka yang terbunuh akibat serangan-serangan ganas yang dibuat oleh tentera negara yang sepatutnya menjaga keamanan. Malah, tak sedikit yang syahid diseksa dengan kejam oleh tentera-tentera Basyar yang zalim. Hanya kerana mereka menyembah Allah.

Allahu akbar…



  Peperangan telah menjadikan sekitar 1 juta a nak kecil di Syria hilang kasih sayang seorang ibu dan ayah. Bayangkan kepahitan yang terpaksa mereka lalui. Bayangkan banyak mana sudah air mata kesedihan dan kerinduan mereka telah jatuh ke pipi.

 

 
 Aidilfitri ini, Pertubuhan Peduli Insan bercadang untuk menggembirakan seramai mungkin anak yatim yang berada di Utara Syria. Selain juadah Iftar yang telah diagihkan kepada mereka sepanjang Ramadan ini melalui sumbangan dan derma dari rakyat Malaysia, Insya-Allah Peduli Insan sekali lagi akan menganjurkan program Riang Ria Raya khas buat anak-anak Yatim Syria.



 

 Kita berusaha mengukir senyuman dan memberi sebanyak mungkin kegembiraan kepada mereka dengan menghadiahkan baju raya baru, permainan dan makanan buat mereka di sana. Mari gembirakan mereka bersama Peduli Insan.





  Setiap sumbangan anda pasti menggembirakan hati anak-anak yang senasib dengan Rasulullah saw saat baginda masih kecil. Semoga dengan setiap ringgit yang kita sumbangkan, akan merapatkan lagi diri kita dan Rasulullah di syurga kelak.. Amin.

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir dan Batin

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy