MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH BUAT ANAK-ANAK PELARIAN
Menurut data daripada World Health Organization (WHO), setengah juta kanak-kanak di Syria sahaja mengalami kekurangan zat makanan secara kronik dan menghidap penyakit bergejala kekangan mendapatkan sumber air bersih dan makanan bernutrisi.
Namun setiap kali mereka diuji, mereka tetap cuba mencari ikhtiar untuk perbaiki keadaan hidup mereka demi kembali sihat dan dapat teruskan kehidupan.
Walaupun begitu, sesetengah penyakit dan keperluan perubatan memakan kos yang sangat tinggi sehingga puluhan ribu ringgit, menjadi sesuatu yang berat untuk ditampung ketika mana perkara lain seperti makanan lebih diperlukan.
Cuba bayangkan perasaan ibu bapa yang hanya mampu melihat dan berdoa sahaja ketika anak mereka diuji dengan penyakit kronik. SEDIH, GUSAR, RISAU. Semuanya bercampur baur.
APA YANG KAMI HARAP UNTUK CAPAI?
Sebelum ini, Peduli Insan telahpun berjaya mengumpulkan dana bagi ratusan pesakit dengan bantuan rawatan penyakit kronik, alatan kesihatan serta biaya pembedahan di negara seperti Syria.
Dan melalui Kempen Afiat 4 Ummah ini, kami berhasrat untuk menjadi talian hayat buat lebih ramai lagi yang diuji dengan perkara sebegini, supaya lebih mudah untuk kami mendapatkan rawatan buat mereka.
1,000 kes kecemasan setiap tahun di Syria, Palestin dan Yaman. Ini yang kami sasarkan untuk capai dan bantu.
Kita tidak ada kebolehan untuk memberi kesembuhan buat mereka yang menderita kesakitan. Tetapi sekurang-kurangnya, apa yang kita boleh buat adalah bantu setakat yang mampu supaya mereka juga boleh tersenyum di kemudian harinya.
Jadi, ayuh semua, kebaikan yang anda lakukan ini, bukan sahaja menyelamatkan nyawa mereka, malah pada masa yang sama memberi masa depan yang cerah terutamanya buat anak-anak pelarian.
Firman Allah SWT:
وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعََا "Dan barang siapa yang menghidupkan nyawa, maka seumpama dia menghidupkan nyawa seluruh manusia." ( Al-Maidah : 32) Ihsan Demi Insan
Nota: Sumbangan ini adalah untuk projek-projek kemanusiaan Peduli Insan.