SUMBANG SEKARANG

Pelancaran Tabung Bantuan Kecemasan Syria-Turkiye

Gempa berukuran 7.8 skala richter pada kira-kira jam 4 pagi telah menggegarkan bumi Turkiye dan Syria saat jutaan masyarakat negara itu sedang lena diulit mimpi. Gegaran kuat yang berlaku pada Isnin, 6 Febuari ini turut dirasai sehingga ke Lubnan, Palestin dan Iraq.






Goncangan itu mengakibatkan ratusan bangunan kediaman telah runtuh menyembah bumi. Ada yang berjaya lari menyelamatkan diri, tak sedikit angka yang terkorban dan masih terperangkap di bawah runtuhan.

Tidak berakhir di situ, gegaran kedua berukuran 7.7 skala richter yang berlaku pada awal tengah hari pada hari yang sama telah membuatkan lebih banyak bangunan hancur ranap.








Sehingga kini, lebih 3000 nyawa telah terkorban. Ribuan yang lain cedera.

Ini adalah gempa terbesar yang berlaku dalam sejarah Turkiye dan Syria sejak tahun 1939. Pada waktu itu, gempa dengan gegaran yang sama telah mengorbankan sebanyak 30,000 mangsa.





Tak sedikit kawasan yang terlibat di Syria, antaranya Halab, Lattakia, Homs, Hama dan Tartus.

Bandar-bandar itu sedang dibina semula setelah rata-rata binaan utama hancur musnah akibat serangan dan peperangan sejak 11 tahun lalu. Tanpa diduga hari ini, Syria yang bagaikan baru ingin mula bernafas semula kembali bergegar dan musnah.






Derita rakyat Syria bertambah saat musim sejuk mendingin ekstrim. Kesejukan membuatkan mereka terdesak mencari tempat perlindungan. Mereka juga tak miliki bekalan makanan serta keperluan yang lain. Malah, jentera bantuan yang hadir membantu mereka di Syria juga sangat terhad.

Atas sebab itu, Peduli Insan mengambil keputusan untuk melancarkan Tabung Kecemasan Gempa Syria & Turkiye bagi membantu saudara-saudara kita yang ditimpa musibah dahsyat saat ini.


Fokus utama bantuan yang cuba kita sampaikan adalah bantuan makanan, kesihatan, rawatan, tempat tinggal sementara, baik pulih kediaman serta bantuan kewangan.

Saudara kita di Syria sangat memerlukan kita waktu ini. Tanpa sumbangan dan bantuan kita, mereka mungkin akan terus menderita.

Jangan biarkan mereka menghadapi musibah ini sendirian. Bukankah kita dan mereka bersaudara?


Rasulullah SAW bersabda: 


"مَثَلُ المُؤْمِنِينَ في تَوادِّهِمْ، وتَراحُمِهِمْ، وتَعاطُفِهِمْ مَثَلُ الجَسَدِ إذا اشْتَكَى منه عُضْوٌ تَداعَى له سائِرُ الجَسَدِ بالسَّهَرِ والْحُمَّى"


 Maksudnya:


" Perumpamaan orang mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu jasad. Jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam." (Riwayat Muslim)




Infaq Satu Kali
Anda boleh mendaftar untuk derma bulanan automatik menggunakan pautan di bawah

Klik Di Sini >>

Nota: Sumbangan ini adalah untuk projek-projek kemanusiaan Peduli Insan.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy