Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Banyak peristiwa
penting di dalam Islam yang Allah caturkan terjadi dan akan berlaku pada hari
Jumaat.
Antaranya adalah penciptaan Nabi Adam, Nabi Adam dimasukkan
ke dalam syurga, Nabi Adam diturunkan ke bumi, kejadian Hari Kiamat akan
berlaku dan banyak lagi.
Hari Jumaat juga adalah satu-satunya hari yang dinamakan
sebagai surah di dalam al-Quran iaitu Surah Al-Jumuah. Disebalik hadirnya hari Jumaat pada setiap minggu, terdapat
banyak kelebihan dan fadilat pada hari terbaik ini.
Antaranya:
1. Doa pada hari ini mustajab
2. Ramai malaikat turun ke bumi
3. Hari yang digalakkan untuk bersedekah
Sebagaimana Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk
bersedekah, Hari Jumaat pula adalah hari yang terbaik dalam setiap minggu untuk
berinfaq.
Sebagaimana Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan dalam kitabnya
Zad Al-Maad:
“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding
hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat
berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan
berbanding bulan-bulan lain.”
Oleh itu, pada hari yang terbaik di antara 7 hari dalam seminggu ini, ayuh kita rebut peluang untuk gandakan pahala dengan bersedekah.
Mari hulurkan bantuan dan sumbangan kepada para pelarian
Syria yang berada di Kem Pelarian Syria. Kira-kira
400,000
orang pelarian kini berteduh di kem
pelarian di Utara Syria. Mereka lari ke sana sehelai sepinggang selepas rumah
mereka musnah hancur dibedil bom sang pemerintah. Lebih menyayat hati, ramai di
antara mereka yang kehilangan suami dan juga anak-anak yatim.
Oleh itu, Peduli Insan ingin membuka jalan untuk kita
sama-sama bantu meringankan beban saudara seakidah dengan kita di sana.
Antara bentuk sumbangan yang akan kita berikan adalah:
1. Kotak Makanan
2. Bantuan Perubatan
3. Bantuan Pendidikan
Mereka dahulu juga hidup aman, selesa dan gembira seperti
kita.
Namun kini Allah uji dengan ‘sedikit’ ujian namun berat & mencabar
buat kita dan mereka.
Mereka diuji dengan keadaan seperti itu, kita pula diuji adakah hanya melihat dan membiarkan sahaja
saudara kita begitu. Ataupun kita akan cuba membantu mereka sedaya yang mungkin.
Nota: Sumbangan ini adalah untuk projek-projek kemanusiaan Peduli Insan.
Siapakah kami:
Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:
kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy