Menjelang penghujung setiap tahun, ia pasti menjadi kerisauan besar buat saudara kita. Musim sejuk adalah mimpi ngeri buat mereka. Mana tidaknya, selepas nyawa mereka terselamat dari serangan bom dan peluru, kini nyawa mereka sekali lagi akan diancam dengan kedinginan musim sejuk yang mencengkam.
MUSIM SEJUK ADALAH AZAB
Musim sejuk tak seindah yang kita gambarkan. Salji tak seindah yang kita lihat di televisyen. Hakikatnya ia adalah satu penyeksaan buat mereka yang sedang berhadapan dengannya.
Menghadapi suasana musim sejuk yang ekstrim tanpa persiapan yang mencukupi adalah satu kesakitan dan azab. Bahkan ia adalah satu tindakan yang merbahayakan nyawa.
KEPERLUAN MEMBANTU PELARIAN SYRIA
Atas dasar ihsan dan tanggungjawab, kami di Peduli Insan sekali lagi menganjurkan kempen Musim Sejuk pada tahun ini bagi membantu saudara-saudara yang memerlukan.
SELIMUT KASIH SYRIA
Selimut Kasih Syria adalah sebuah kempen di bawah Kempen Musim Sejuk yang bantuan dan sumbangannya adalah khusus kepada barangan keperluan yang membantu mengurangkan kesejukan serta mempertahankan para pelarian dari kedinginan yang ekstrim.
Antara bantuan yang akan kami sampaikan kepada mereka melalui kempen ini adalah:
- Bahan bakar (berin iaitu hampas zaitun dan minyak diesel)
- Pakaian (baju tebal, topi, mafla)
- Stoking dan kasut
- Alat Pemanas
- Selimut tebal
- Karpet
SUAPAN KASIH SYRIA
BANTUAN BUAT PALESTIN & YAMAN
Selain pelarian Syria, rakyat Palestin dan Yaman juga antara yang wajar kita bantu menjelang musim sejuk ini.
Mereka adalah saudara kita yang masih ditindas dengan kejam hingga ke saat ini. Kehidupan sebagai mangsa kekejaman dan pengeboman di negara sendiri sangat menyakitkan jutaan saudara kita di bumi Palestin dan Yaman. Lebih-lebih lagi saat kesejukan menyinggah untuk beberapa bulan lamanya.
Sedikit bantuan yang kita hulurkan kepada mereka pasti akan memberi kelegaan besar buat mereka yang selama ini hidup dalam kesengsaraan di tanah Palestin dan Yaman.
HARAPAN KAMI
Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua untuk turut bersama kami
menjayakan kempen Musim Sejuk Syria, Palestin dan Yaman pada tahun ini.
Kami mensasarkan untuk membantu sejumlah 200,000 orang pelarian yang
memerlukan pada misi kali ini. Hakikatnya, jumlah sebenar pelarian yang
memerlukan bantuan saat ini adalah melebihi 2 juta orang.
Dalam masa yang sama, bantuan musim sejuk yang sama juga kita akan sampaikan kepada seramai mungkin saudara kita di Palestin dan Yaman. Menjadi tanggungjawab kita selaku saudara semuslim untuk melindungi mereka dari kedinginan ekstrim yang mungkin bakal meragut nyawa mereka.
Allah berfirman dalam surah Al-Maidah, ayat
32:
“Menyelamatkan satu nyawa manusia ibarat
menyelamatkan seluruh umat manusia.”
'Ihsan Demi Insan'
Siapakah kami?
Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:
kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.
Ibu Pejabat
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy