My Infaq Ramadhan Malaysia

100%

Jumlah Semasa: RM150000

Sasaran: RM150000

Deadline: 2021-05-12 00:00:00


Event
Lebih 800,000 Rakyat Malaysia
Kehilangan Pekerjaan Sejak Pandemik Bermula
!!! Ayuh Bantu Mereka !!!

Penduduk dunia diuji hebat sejak tercetusnya pandemik Covid-19 tempoh hari. Nasib diri dan keluarga berubah secara total. Lebih 800,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak pandemik bermula. Dari mereka yang berjawatan besar, hinggalah rakyat marhaen yang bergaji kurang dari gaji minima. Golongan susah menjadi bertambah susah. Hilang punca rezeki yang digunakan untuk memberi nafkah dan membayar komitmen bulanan untuk kelangsungan hidup.



Kesannya, betapa ramai masyarakat kita yang tertekan dengan situasi ini. Tak sikit yang mengalami gangguan mental & emosi, keganasan & pergaduhan rumah tangga, perceraian, penderaan kanak-kanak, anak-anak keciciran pelajaran, kemiskinan, kelaparan dan banyak lagi.

 



Atas rasa tanggungjawab dan ihsan kepada saudara seagama, kami dari Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan kesusahan hidup saat ini. Kami menyasarkan untuk membantu sebanyak 1000 buah keluarga yang terkesan dengan situasi ini.

Mereka terdiri daripada fakir miskin, penduduk PPR, Orang Asli dan juga Muslim luar bandar di Sabah. Bantuan yang bakal diberikan berupa pek barangan dapur, jamuan berbuka puasa dan juga duit raya. Sebagai saudara seagama, marilah bersama kami hulurkan sedikit sumbangan buat mereka yang benar-benar dalam kesempitan.


   Ayuh kita jadikan Ramadan ini satu kegembiraan dan kelegaan buat mereka yang sedang diuji dengan kesusahan. Sumbangan anda bakal mengukir senyuman di wajah mereka.

Rasulullah saw bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari]

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy