BANTUAN

 Sektor bantuan: Lebih 10 tahun perang berdarah ini berlaku, berjuta-juta rakyat Syria masih menderita dan hidup dalam keadaan yang sangat tragis.
Semakin hari, keperluan mereka semakin meningkat. Sama ada di dalam Syria itu sendiri, di kem-kem pelarian atau di negara-negara jiran seperti Turki dan Lubnan.

Menurut statistik terbaharu, 4 daripada 5 orang rakyat Syria berada di bawah garis kemiskinan. Ini mendorong anak-anak kecil untuk mengambil langkah ekstrim agar terus bertahan dalam kehidupan - seperti anak-anak terpaksa bekerja keras bagi membantu keluarga menampung kos sara hidup. 

Oleh itu, sektor bantuan adalah salah satu sektor terpenting yang sangat diberikan perhatian oleh Peduli Insan. Ini kerana sektor ini memberi tumpuan kepada pemberian bantuan asas kepada pelarian, fakir miskin dan anak-anak yatim di Syria. Bantuan yang diberikan meliputi penyediaan barangan dapur, pakaian dan bantuan lain mengikut kesesuaian serta keperluan mereka. Selain itu, Ia bertujuan agar dapat menangani keadaan darurat seperti bencana dan konflik secara tangkas. Ini bagi meringankan segala mudarat atau masalah yang mungkin berlaku. 

Antara projek-projek sektor bantuan adalah:

Sunset in the mountains
2020-08-24
Projek konvoi kemanusiaan kecemasan

Projek konvoi kemanusiaan kecemasan: Projek ini bergantung pada penghantaran kontena bantuan dari Malaysia ke Syria dengan penghantaran melalui laut dan kemudian sampai ke Syria melalui Turki. kontena ini mengandungi pakaian yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia kepada saudara mereka di Syria dan bukannya membuangnya, di mana pasukan pertubuhan "Peduli Insan malaysia" menyusun dan membungkusnya selain menghantar bahan bantuan dan perubatan yang orang-orang peniaga menyumbangkannya untuk membantu keluarga-keluarga yang baru dipindahkan dan yang tidak mempunyai tempat tinggal. Projek ini membawa visi ((apa yang anda tidak pakai, orang lain memerlukannya )) Melalui projek ini, kami berusaha menyediakan pakaian untuk mereka yang tidak dapat membeli pakaian untuk anak-anaknya di dalam kem Jumlah kontena yang dihantar dari Malaysia ke Syria mencapai 16 kontena Di mana jumlah penerima bantuan dari setiap kontena mencapai hampir 13,000 keluarga yang memerlukan. Tempat pelaksanaan projek: Kem-kem pelarian di Utara Syria (Idlib - Aleppo - Hama)

Sunset in the mountains
2020-08-24
Projek Qurban 4 Ummah

Projek Qurban 4 ummah: 

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
šŸ’  Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu šŸ’  (Haji - 37)

Qurban bukan kalimah biasa. Qurban juga bukan bermakna perlakuan sekadar menyembelih binatang dan mengedar dagingnya sahaja.

Perkataan ini berasal dari perkataan ā€˜Qurbā€™ dalam bahasa arab yang bermaksud ā€˜dekatā€™. Dalam ibadah qurban, kita berusaha sebaik mungkin untuk mendekati pencipta kita yang Esa. Ini bagi membuktikan keimanan serta kecintaan kita terhadap-Nya.

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mengambil peluang dan inisiatif untuk sama-sama membantu umat Islam dalam menjalankan seruan ibadah Qurban.

Tak kira sama ada membantu para pelaksana Qurban untuk menyediakan khidmat menyediaan haiwan, menyembelih serta mengedarkannya kepada fakir miskin. Ataupun membantu fuqara dengan menyerahkan ketulan daging segar untuk mereka masak dan makan bersama keluarga.

Para pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian tidak mempunyai makanan. Anak-anak kecil mereka kelaparan. Malah dewasa serta warga tua juga sudah tak berdaya menahan kelaparan.

Peduli Insan komited untuk membantu mereka setiap tahun dalam program Qurban 4 Ummah.

Sehingga kini, sebanyak 27,000 keluarga telah menerima bantuan dari projek ini.

Projek ini dijalankan di kem pelarian yang terletak di Utara Syria dan juga di Lubnan.

Sunset in the mountains
2020-08-24
Projek kit makanan Ramadhan

Projek Kit Makanan Ramadhan: 

Rasulullah SAW bersabda: 
ā€œManusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain, sedangkan amal yang paling dicintai oleh Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada diri seorang muslim atau engkau menghilangkan kesulitannya atau engkau melunasi hutangnya atau membebaskannya dari kelaparan.ā€-Sahih Al-Jamiā€™

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, melalui Projek Kit Makanan Ramadan telah menyediakan kotak penuh berisi makanan buat pelarian Syria. Kami memberikan bekalan makanan asas dan ruji buat mereka yang mampu bertahan selama 2 minggu.

Antara bantuan makanan yang diberikan adalah tepung, beras, minyak, kacang dal dan lain-lain yang kami yakin mencukupi buat penerima sekeluarga untuk sepanjang Ramadan. 

Sedikit sumbangan dari anda semua akan meringankan penderitaan yang telah sekian lama dialami oleh mereka yang berada di kem pelarian di Utara Syria.

Antara penerima bantuan yang menjadi keutamaan kami adalah keluarga para syuhada yang maut akibat peperangan, balu, anak-anak yatim, warga emas serta keluarga Orang Kurang Upaya (OKU).

Setiap tahun, kira-kira 14,000 buah keluarga telah menerima manfaat daripada projek ini. Projek ini dilaksakan di Utara Syria dan juga di kem pelarian Syria yang terletak di Lubnan.

Sunset in the mountains
2020-08-24
Projek Iftar Ramadhan

Projek Iftar Ramadhan : Rasulullah saw bersabda: ā€œBarangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi) Dalam penerapan hadis Rasulullah SAW, pertubuhan (Peduli Insan Malaysia) melancarkan projek Iftar Ramadan untuk meringankan penderitaan para pelarian di kem Syria yang hampir tidak dapat menemukan apa-apa makan untuk memberikan kepada anak-anak mereka pada hari-hari biasa, jadi bagaimana keadaan mereka pada hari-hari Ramadhan! Setelah pasukan kami di Syria memberitahu mengenai sejumlah kes kemanusiaan yang teruk dan adegan kelaparan dan kemiskinan yang melampau di sana, kami terpaksa menyediakan 7 dapur yang diedarkan di pelbagai kawasan di Syria. Setiap dapur menghasilkan lebih dari 3500 bungkus makanan setiap hari untuk pelarian, orang-orang miskin dan anak-anak yatim. Tempat pelaksanaan projek: šŸ“ŒUtara Syria di kem-kem desa (Idlib - Aleppo) šŸ“ŒKem pelarian Syria di Lebanon (Ersal) Jumlah penerima dari projek ini setiap tahun adalah lebih kurang 85 ribu keluarga.

Sunset in the mountains
2020-08-24
Projek penyampaikan kehangatan

Projek penyampaikan kehangatan: Ini adalah salah satu projek musiman untuk musim sejuk, di mana (Peduli Insan Malaysia) memberikan bantuan musim sejuk kepada pelarian dan orang-orang miskin di kem Syria untuk meringankan penderitaan mereka, kerana suhu cuaca di sana mencapai -5Ā°C darjah bawah sifar, yang mendedahkan kanak-kanak dan orang tua kepada penyakit parah dan kadang-kadang mati Sekiranya tiada rawatan yang segera di sana. (Peduli Insan Malaysia) bertindak melalui projek ini untuk menyediakan: (minyak diesel - pakaian musim sejuk - selimut - kit makanan - alat pemanas) Jumlah penerima dari projek ini setiap tahun kira-kira 126 ribu orang pelarian, yang kebanyakan mereka adalah kanak-kanak, wanita dan mereka yang berkeperluan khas (OKU). Tempat pelaksanaan projek: šŸ“ŒUtara Syria di kem-kem desa (Idlib - Aleppo) šŸ“ŒKem pelarian Syria di Lebanon (Ersal)

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

Ā© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy