Projek Iftar Ramadhan

project
Projek Iftar Ramadhan : Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi) Dalam penerapan hadis Rasulullah SAW, pertubuhan (Peduli Insan Malaysia) melancarkan projek Iftar Ramadan untuk meringankan penderitaan para pelarian di kem Syria yang hampir tidak dapat menemukan apa-apa makan untuk memberikan kepada anak-anak mereka pada hari-hari biasa, jadi bagaimana keadaan mereka pada hari-hari Ramadhan! Setelah pasukan kami di Syria memberitahu mengenai sejumlah kes kemanusiaan yang teruk dan adegan kelaparan dan kemiskinan yang melampau di sana, kami terpaksa menyediakan 7 dapur yang diedarkan di pelbagai kawasan di Syria. Setiap dapur menghasilkan lebih dari 3500 bungkus makanan setiap hari untuk pelarian, orang-orang miskin dan anak-anak yatim. Tempat pelaksanaan projek: 📌Utara Syria di kem-kem desa (Idlib - Aleppo) 📌Kem pelarian Syria di Lebanon (Ersal) Jumlah penerima dari projek ini setiap tahun adalah lebih kurang 85 ribu keluarga.
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy