Projek kit makanan Ramadhan

project
Projek Kit Makanan Ramadhan: 

Rasulullah SAW bersabda: 
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain, sedangkan amal yang paling dicintai oleh Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada diri seorang muslim atau engkau menghilangkan kesulitannya atau engkau melunasi hutangnya atau membebaskannya dari kelaparan.”-Sahih Al-Jami’

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, melalui Projek Kit Makanan Ramadan telah menyediakan kotak penuh berisi makanan buat pelarian Syria. Kami memberikan bekalan makanan asas dan ruji buat mereka yang mampu bertahan selama 2 minggu.

Antara bantuan makanan yang diberikan adalah tepung, beras, minyak, kacang dal dan lain-lain yang kami yakin mencukupi buat penerima sekeluarga untuk sepanjang Ramadan. 

Sedikit sumbangan dari anda semua akan meringankan penderitaan yang telah sekian lama dialami oleh mereka yang berada di kem pelarian di Utara Syria.

Antara penerima bantuan yang menjadi keutamaan kami adalah keluarga para syuhada yang maut akibat peperangan, balu, anak-anak yatim, warga emas serta keluarga Orang Kurang Upaya (OKU).

Setiap tahun, kira-kira 14,000 buah keluarga telah menerima manfaat daripada projek ini. Projek ini dilaksakan di Utara Syria dan juga di kem pelarian Syria yang terletak di Lubnan.

please share on:

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Ibu Pejabat

Cawangan Utara

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy