Projek Qurban 4 Ummah

project
Projek Qurban 4 ummah: 

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
💠 Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu 💠 (Haji - 37)

Qurban bukan kalimah biasa. Qurban juga bukan bermakna perlakuan sekadar menyembelih binatang dan mengedar dagingnya sahaja.

Perkataan ini berasal dari perkataan ‘Qurb’ dalam bahasa arab yang bermaksud ‘dekat’. Dalam ibadah qurban, kita berusaha sebaik mungkin untuk mendekati pencipta kita yang Esa. Ini bagi membuktikan keimanan serta kecintaan kita terhadap-Nya.

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia mengambil peluang dan inisiatif untuk sama-sama membantu umat Islam dalam menjalankan seruan ibadah Qurban.

Tak kira sama ada membantu para pelaksana Qurban untuk menyediakan khidmat menyediaan haiwan, menyembelih serta mengedarkannya kepada fakir miskin. Ataupun membantu fuqara dengan menyerahkan ketulan daging segar untuk mereka masak dan makan bersama keluarga.

Para pelarian Syria yang tinggal di kem pelarian tidak mempunyai makanan. Anak-anak kecil mereka kelaparan. Malah dewasa serta warga tua juga sudah tak berdaya menahan kelaparan.

Peduli Insan komited untuk membantu mereka setiap tahun dalam program Qurban 4 Ummah.

Sehingga kini, sebanyak 27,000 keluarga telah menerima bantuan dari projek ini.

Projek ini dijalankan di kem pelarian yang terletak di Utara Syria dan juga di Lubnan.

please share on:

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Ibu Pejabat

Cawangan Utara

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy