Sunset in the mountains
humanitarian
Ribut petir, hujan lebat dan salji memusnahkan khemah pelarian Syria di Lubnan
Ribut petir, hujan lebat dan salji memusnahkan khemah pelarian Syria di Lubnan: 

Setiap kali musim sejuk, salji akan meliputi bandar pergunungan Ersal yang terletak di sempadan Lubnan-Syria. Setelah berhari-hari ribut salji turun dengan lebatnya, keadaan kawasan pergunungan di negara itu dilihat sangat membimbangkan. Keadaan ini telah membuatkan kem pelarian Syria dalam keadaan yang menyedihkan. 

Kesemua khemah pelarian mengalami banjir. Ada juga yang hancur dek kerana hentaman ribut salji. Suhu ketika itu direkodkan antara -4 dan -8 darjah Celsius. 

Aktivis Syria, Fatima Al-Hajji menjelaskan bahawa terdapat dua jenis bencana yang menimpa kem pelarian setelah ribut. Jenis yang pertama, ia melanda wilayah Ersal di Bekaa' Utara Lubnan. Di mana salji tidak membezakan antara yang kaya dan yang miskin. Salji melitupi segenap penjuru kem pelarian di sana.

Manakala bencana jenis kedua, ini menimpa wilayah tengah dan timur, di mana seluruh kem banjir dengan air. Fatima juga menganggarkan bahawa terdapat ribuan keluarga yang tidak menerima bantuan atau bahan api pada musim sejuk yang lalu. 

“Kami merayu dan memohon pertolongan namun tak berjaya.” 

Lapan tahun yang lalu, seorang pelarian bernama Aladdin Tarn telah mengadu bahawa air di rumahnya sering terputus, tetapi dia tidak pernah membayangkan bahawa dia akan mengadu tentang banjir air di rumahnya - atau lebih tepatnya, di khemahnya - pada suatu hari. 

Musim sejuk yang teruk di kem pelarian Syria di Lubnan bukanlah hal baru bagi Alaa dan jiran-jirannya, tetapi dengan kedatangan ribut salji yang membeku, fasa baru penghijrahan Syria terpaksa mereka lalui.

Alaa, bapa kepada empat anak, memilih untuk tinggal di khemahnya. Ketika ditemu bual, dia berkata,

“Saya menggunakan kayu bakar untuk menghangatkan keluarga saya, kerana kami tak memiliki minyak diesel. Dan jika ada sekalipun, kami akan menyimpannya untuk malam paling dingin. Saya hanya menggunakan alat pemanas ketika kami hampir beku. Saat kami didatangi rebut untuk beberapa hari, air berada 60CM di atas tanah, tetapi kami sekeluarga tidak mahu meninggalkan kem untuk bergabung dengan keluarga lain di tempat perlindungan.“

Helem Amer, 85 tahun, berkata ketika dia berada di dalam selimut di dalam khemahnya yang usang, 

""Saya tidak boleh bangun sendiri tanpa pertolongan. Tidak ada diesel, kami tidak mempunyai apa-apa. Tidak ada yang menolong kami melainkan Allah swt."" 

""Kami tidak pernah mempunyai diesel,"" kata Abdullah Muqdah yang menetap di Ersal. 
“Penduduk sini merobek pakaian dan membakar bahan plastik bagi memenaskan diri dan mendapatkan kehangatan. Ini adalah situasi terburuk yang kami hadapi selama bertahun-tahun,"" dia menambah. 

Banjir membuatkan tilam dan khemah penduduk di sana basah dengan air. Terdapat banyak khemah yang telah musnah dan keadaan ini memaksa banyak keluarga untuk berpindah menyelamatkan diri. 

""Kami mempunyai orang tua, orang kurang upaya dan orang yang mempunyai masalah kesihatan. Saya mempunyai saudara-mara duduk di khemah di mana terdapat tiga keluarga di dalamnya dan khemah lain yang mengandungi 3 keluarga di dalamnya. Bagi sekeluarga yang khemahnya telah rosak, dia meminta perlindungan dengan saudara-mara atau jirannya,""

Perlu diperhatikan bahawa penderitaan rakyat Syria semakin meningkat dan bertambah buruk dengan bermulanya musim sejuk, ketika orang-orang Syria melarikan diri dari neraka pengeboman ke kem-kem pelarian dan negara jiran, dengan harapan dapat melindungi diri dari keganasan dan kekejian perang, tetapi penderitaan baru menanti mereka. 

Kesejukan mencuri nyawa anak-anak mereka dan air hujan membanjiri khemah mereka. Sekali gus telah menenggelamkan tempat tidur mereka dan meninggalkan mereka tanpa tempat perlindungan tanpa belas kasihan.
Sunset in the mountains
humanitarian
Seorang doktor menceritakan perincian yang menyakitkan mengenai kematian seorang gadis kecil akibat kesejukan di kem Syria
Seorang doktor menceritakan perincian yang menyakitkan mengenai kematian seorang gadis kecil akibat kesejukan di kem Syria: Kerana kesejukkan, sesak nafas dan rasa beku, seorang gadis perempuan Syria telah meninggal dunia di sebuah kem yang rawak di kawasan Efrin, utara Aleppo. Doktor "Hussam Adnan," menulis di laman Facebook peribadinya, perincian membawa gadis itu ke hospital tempat dia bekerja di Efrin. Dia berkata: "Gadis itu tiba hari ini di hospital Efrin, di mana ayahnya membawanya dari khemah mereka yang jaraknya beberapa kilometer dari hospital kami, dan kerana dia menderita penyakit pernafasan, ayahnya membawa semua yang ada di khemah yang sudah usang untuk menghangatkannya, ayahnya menjadikan tubuh badannya kehangatan bagi hati anak kecilnya. doktor menambahkan: "beliau memeluknya dengan segenap kekuatannya, memeluknya dengan sepenuh hati, dan mengalir air mata hangat yang melembapkan wajah anaknya yang cantik. Dia berjalan dari pukul lima pagi di antara salji dan ribut, berjalan di atas reruntuhan rumah-rumah dan tanah airnya, beliau tersandung sedikit, lalu dia meletakkannya di atas kepalanya. Anggota badannya membeku, tetapi hatinya tetap memeluknya. Dia berjalan selama dua jam dan akhirannya sampai di hospital kami.” Doktor itu melanjutkan, dengan mengatakan: "Dengan susah payah kami memisahkan badan gadis kecil itu dari ayahnya, lalu kami membuka kain dari wajahnya yang cantik dan mendapati dia tersenyum, tetapi dia tidak bergerak, kami cuba memeriksanya dan menyelamatkannya, anak itu sudah meninggal dunia sejak satu jam yang lalu, ayah membawa mayatnya di jalan tanpa mengetahui." Doktor menyatakan kesedihannya atas apa yang menimpa anak itu, dengan mengatakan: "Ya Allah..Kami tidak berdaya dan kami orang miskin kepada kamu, kami tidak mempunyai kekuatan atau kekuasaan kecuali pada mu ya Allah, ..aduuuh ... kami hangat di belakang alat pemanas yang berada di bawah bumbung rumah kami, kami semua turut serta membunuhnya kerana kami tidak menolongnya... Semua dunia ini mengambil bahagian dalam pembunuhan gadis kecil ini. Perlu diperhatikan bahawa musim sejuk yang lalu, hampir dua puluh kanak-kanak mati di kem di desa Idlib, Aleppo dan Ersal di Lubnan, kerana suhu yang sangat rendah dan kekurangan alat pemanasan yang baik, jalan raya yang ditutup kerana salji tebal, hujan lebat dan banjir.
Sunset in the mountains
humanitarian
Dalam masa 6 bulan, seramai 700 orang tahanan meninggal dunia dalam penjara di Hama
Organisasi ” Kebenaran dan Keadilan Syria” mengumumkan pada hari Rabu bahawa tentera rejim telah memberitahu keluarga para 700 banduan tentang kematian mereka sejak awal tahun 2019. Organisasi tersebut menjelaskan dalam laporan yang dipaparkan dalam laman web resmi bahawa kerajaan telah menghantar notis kepada Pusat Pendaftaran Awam tentang kematian para tahanan. Sijil kematian telah diserahkan kepada keluarga mereka tanpa jasad. Rangkaian Asasi Hak Kemanusiaan Syria mendedahkan dalam sebuah laporan hujung April bahawa tentera rejim telah memberitahu Pusat Pendaftaran Awam tentang kematian 890 tahanan sejak bulan Mei 2018. Tentera rejim menahan ratusan ribu orang atas sebab-sebab politik dan mereka diseksa dengan teruk. Ini menurut sumber tempatan, kawasan dan laporan Hak Asasi Kemanusiaan berdasarkan dokumen, gambar, hasil rakaman dan saksi yang terselamat. Akhbar New York Times mendedahkan perincian tetang kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim Syria terhadap ribuan tahanan dalam penjara dibawah kempen menindas dan mendiamkan para pembangkang. Dan akhbar itu dalam sebuah laporan yang diterbitkan bulan lalu mengenai surat-surat kerajaan yang mendokumenkan tahanan, penyeksaan, dan kematian di penjara, serta surat-surat tersebut telah diseludup di luar Syria yang akhirnya diperoleh oleh penyiasat Suruhanjaya Antarabangsa Juris. Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa pegawai keselamatan senior mengetahui tentang pelanggaran yang dilakukan di dalam penjara, dan mereka yang memerintahkan untuk menindas orang awam dan melayan sesetengah tahanan dengan keras. Lebih daripada 6 ribu kes penangkapan baru sewenang-wenangnya direkodkan tahun lalu yang merupakan satu perempat lebih daripada tahun sebelumnya. Dan laporan itu menunjukkan lebih daripada 128 ribu rakyat Syria yang ditahan dan tidak pernah dibebaskan, mereka sama ada terbunuh atau masih dalam penjara Akhbar itu menambah lagi bahawa sekitar 14 ribu orang terbunuh akibat penyeksaan dalam penjara dengan keadaan yang sangat teruk dan disifatkan sebagai “genosida” oleh pihak UN. Sumber: Rangkaian Aljazeera
Sunset in the mountains
humanitarian
Puluhan orang menjadi mangsa serangan udara tentera rejim di Idlib
Wartawan Aljazeerah melaporkan bahawa setakat ini 11 orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh dan puluhan lain cedera ekoran serangan udara rejim Syria ke atas kawasan kediaman orang awam di Bandar Muhambal, barat Idlib. Beliau menambahakn lagi bahawa serangan bom semalam mengakibatkan kerosakan besar pada kediaman orang awam. Beliau menjelaskan bahawa puluhan keluarga melarikan diri kerana rasa takut mereka akan dijadikan sasaran serangan. Pasukan Pertahanan Awam di Idlib berkata bahawa 4 kanak-kanak dan 3 orang wanita antara yang terbunuh dan 7 kanak-kanak mengalami kecederaan. Serangan tersebut mengakibatkan kebakaran dan merosakkan harta benda awam. Pasukan Pertahanan Awam dalam halaman Facebook mengesahkan bahawa jet perang mensasarkan Bandar dan Idlib dijadikan sasaran 40 buah serangan udara serta sebanyak 140 peluru berpandu dilancarkan oleh tentera rejim Syria. Rangkaian berita Jerman berkata menerut Pasukan Pertahanan Awam di Idlib, jet perang mensasarkan Muhambal terbang dari Lapangan Terbang Ketenteraan Hama. Serbuan baru di Idlib ( yang merupakan sebahagian daripada perjanjian untuk mengurangkan ketengangan yang ditaja oleh Rusia, Turki dan Iran) adaalah operasi ketenteraan terbesar yang dilancarkan oleh rejim Syria dan ditaja oleh rejim Rusia pada hujung bulan April. Angka korban dilaporkan adalah 2100 termasuk enam ratus orang awam dan mengakibatkan perpindahan puluhan ribu orang awam. Sumber: Aljazerah + agensi berit+media sosial
Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy