Ribut petir, hujan lebat dan salji memusnahkan khemah pelarian Syria di Lubnan

humanitarian

2020-10-14


post
Ribut petir, hujan lebat dan salji memusnahkan khemah pelarian Syria di Lubnan: 

Setiap kali musim sejuk, salji akan meliputi bandar pergunungan Ersal yang terletak di sempadan Lubnan-Syria. Setelah berhari-hari ribut salji turun dengan lebatnya, keadaan kawasan pergunungan di negara itu dilihat sangat membimbangkan. Keadaan ini telah membuatkan kem pelarian Syria dalam keadaan yang menyedihkan. 

Kesemua khemah pelarian mengalami banjir. Ada juga yang hancur dek kerana hentaman ribut salji. Suhu ketika itu direkodkan antara -4 dan -8 darjah Celsius. 

Aktivis Syria, Fatima Al-Hajji menjelaskan bahawa terdapat dua jenis bencana yang menimpa kem pelarian setelah ribut. Jenis yang pertama, ia melanda wilayah Ersal di Bekaa' Utara Lubnan. Di mana salji tidak membezakan antara yang kaya dan yang miskin. Salji melitupi segenap penjuru kem pelarian di sana.

Manakala bencana jenis kedua, ini menimpa wilayah tengah dan timur, di mana seluruh kem banjir dengan air. Fatima juga menganggarkan bahawa terdapat ribuan keluarga yang tidak menerima bantuan atau bahan api pada musim sejuk yang lalu. 

“Kami merayu dan memohon pertolongan namun tak berjaya.” 

Lapan tahun yang lalu, seorang pelarian bernama Aladdin Tarn telah mengadu bahawa air di rumahnya sering terputus, tetapi dia tidak pernah membayangkan bahawa dia akan mengadu tentang banjir air di rumahnya - atau lebih tepatnya, di khemahnya - pada suatu hari. 

Musim sejuk yang teruk di kem pelarian Syria di Lubnan bukanlah hal baru bagi Alaa dan jiran-jirannya, tetapi dengan kedatangan ribut salji yang membeku, fasa baru penghijrahan Syria terpaksa mereka lalui.

Alaa, bapa kepada empat anak, memilih untuk tinggal di khemahnya. Ketika ditemu bual, dia berkata,

“Saya menggunakan kayu bakar untuk menghangatkan keluarga saya, kerana kami tak memiliki minyak diesel. Dan jika ada sekalipun, kami akan menyimpannya untuk malam paling dingin. Saya hanya menggunakan alat pemanas ketika kami hampir beku. Saat kami didatangi rebut untuk beberapa hari, air berada 60CM di atas tanah, tetapi kami sekeluarga tidak mahu meninggalkan kem untuk bergabung dengan keluarga lain di tempat perlindungan.“

Helem Amer, 85 tahun, berkata ketika dia berada di dalam selimut di dalam khemahnya yang usang, 

""Saya tidak boleh bangun sendiri tanpa pertolongan. Tidak ada diesel, kami tidak mempunyai apa-apa. Tidak ada yang menolong kami melainkan Allah swt."" 

""Kami tidak pernah mempunyai diesel,"" kata Abdullah Muqdah yang menetap di Ersal. 
“Penduduk sini merobek pakaian dan membakar bahan plastik bagi memenaskan diri dan mendapatkan kehangatan. Ini adalah situasi terburuk yang kami hadapi selama bertahun-tahun,"" dia menambah. 

Banjir membuatkan tilam dan khemah penduduk di sana basah dengan air. Terdapat banyak khemah yang telah musnah dan keadaan ini memaksa banyak keluarga untuk berpindah menyelamatkan diri. 

""Kami mempunyai orang tua, orang kurang upaya dan orang yang mempunyai masalah kesihatan. Saya mempunyai saudara-mara duduk di khemah di mana terdapat tiga keluarga di dalamnya dan khemah lain yang mengandungi 3 keluarga di dalamnya. Bagi sekeluarga yang khemahnya telah rosak, dia meminta perlindungan dengan saudara-mara atau jirannya,""

Perlu diperhatikan bahawa penderitaan rakyat Syria semakin meningkat dan bertambah buruk dengan bermulanya musim sejuk, ketika orang-orang Syria melarikan diri dari neraka pengeboman ke kem-kem pelarian dan negara jiran, dengan harapan dapat melindungi diri dari keganasan dan kekejian perang, tetapi penderitaan baru menanti mereka. 

Kesejukan mencuri nyawa anak-anak mereka dan air hujan membanjiri khemah mereka. Sekali gus telah menenggelamkan tempat tidur mereka dan meninggalkan mereka tanpa tempat perlindungan tanpa belas kasihan.

please share on:

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor and displaced people in countries suffering from humanitarian disasters.

Ibu Pejabat

Cawangan Utara

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy