PENAJAAN

Sektor penajaan Sektor penajaan (Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) prihatin dengan menaja anak-anak yatim, keluarga miskin, orang-orang berkeperluan khas (OKU) dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di kalangan pelarian Syria, dari segi ekonomi, sosial dan psikologi, untuk memperbaiki keadaan hidup mereka sebanyak mungkin, untuk mengurangkan penderitaan mereka dan memberikan senyuman di wajah mereka setelah semua kesakitan dan kesulitan semasa perpindahan yang mereka alami. Projek-projek sektor penajaan:

Sunset in the mountains
2020-08-27
Penajaan kes kesihatan

Allah SWT berfirman: "dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya." (Al-Maedah / 32) (Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) melancarkan projek untuk menaja kes-kes kesihatan kecemasan pelarian syria, miskin dan yang memerlukan di kem Syria dan Lubnan di mana pertubuhan membayar yuran rawatan pesakit di hospital atau pusat perubatan dalam usaha memberikan rawatan yang sesuai agar mereka kembali dengan selamat dan secepat mungkin kepada keluarganya. Antara tahun 2014 dan 2019, pertubuhan ini menaja lebih daripada 527 kes kesihatan yang diedarkan di kem Syria dan Lubnan. (Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) bertujuan untuk menaja 1000 kes kesihatan secara kekal dan memberikan rawatan menyeluruh bagi mereka.

Sunset in the mountains
2020-08-27
Kafalah keluarga sederhana (menahan diri daripada meminta-minta)

Berdasarkan firman allah swt : (Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.) (Surah Al-Baqarah/ 273) (Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) melancarkan projek "kafalah Keluarga Sederhana" yang berpindahan, miskin dan yang memerlukan di kem Syria dan Lubnan. Melalui kafalah ini, kami berusaha untuk memberi bantuan kepada keluarga-keluarga ini setelah mereka kehilangan semua harta benda mereka akibat dari perpindahan mereka dan penderitaan yang mereka lalui di Syria. kafalah ini berharga RM500 setiap bulan untuk satu keluarga dengan rata-rata 5 ahli Kami berhasrat menaja 1000 keluarga miskin untuk meringankan penderitaan dan menghentikan rasa lapar mereka.

Sunset in the mountains
2020-08-27
Kafalah yatim

Siapakah anak yatim itu? Anak Yatim disebutkan dalam Al-Quran dalam surah ad-duha allah swt berfirman: (Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya) [Ad-Dhuha/9] rasulullah SAW juga menyebutkan mereka dalam hadith: Di mana Rasulullah bersabda, "Aku dan penanggung Yatim di Syurga seperti ini, Nabi mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan keduanya. (HR. Bukhari. 5304)." Anak yatim itu tidak mencapai tahap yang tinggi ini tanpa kesulitan penderitaan yang dia lalui, Dengan perang yang kejam, anak-anak memerlukan ibu bapa mereka untuk membuat mereka merasa selamat. Dalam kehidupan anak yatim, banyak kisah dan situasi yang tidak dapat dilupakan, tetapi di sebalik semua ini dia tetap tersenyum dan cuba berdiri semula jika dia tersandung. Anak Yatim adalah anak yang tidak dapat memanggil perkataan "ayah", dan tidak mempunyai seseorang untuk membantunya bangun setiap kali dia jatuh. Tidak mempunyai ibu yang merawatnya sekiranya dia sakit Dan sesiapa yang belum menjadi yatim piatu tidak akan mengetahui erti perasaan pedih yang menghuni jiwanya. Oleh itu, cubalah tutup sebelah mata anda dan bayangkan bahawa anda kehilangan ayah anda, dan kemudian tutup mata yang lain dan bayangkan bahawa anda kehilangan ibu anda, agak-agak berapa banyak kesakitan yang anda akan alami,?? dan kita masih hanya khayalan, jadi bagaimana dengan mereka yang mengalaminya secara nyata. Anak yatim dalam perang, anak yang kehilangan masa lalu dan akan kehilangan masa depannya, Kecuali dia menjumpai tangan simpati untuk membantunya mengatasi tahap yang menyakitkan dalam hidupnya. Projek "kafalah yatim" bertujuan untuk: Menaja anak yatim melalui pembayaran setiap suku tahun yang akan memenuhi keperluan asas mereka dari segi makanan, pakaian, pendidikan dan pendidikan Islam. Menyediakan pengawas agama bagi setiap 25 anak yatim untuk mengajar mereka mengenai agama mereka mengikut jadual yang sesuai dengan usia mereka iaitu dua kelas seminggu. Melakukan pemeriksaan perubatan bagi anak-anak yatim setiap 6 bulan, untuk memastikan kesihatan fizikal dan mentalnya, Dan itu akan dilakukan di klinik dan hospital Turki, melalui insurans kesihatan untuk anak-anak sesuai dengan undang-undang Turki, yang merangkumi rawatan klinikal dan cepat. Menyediakan pengawas pendidikan bagi setiap 50 anak yatim, untuk membesarkan anak yatim secara sosial, tingkah laku dan psikologi mengikut program pendidikan untuk menanamkan nilai dan kemahiran. Kanak-kanak adalah kategori umur yang paling terjejas akibat perang ini. Di mana "Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menganggap bahawa Syria telah menjadi salah satu tempat paling berbahaya bagi kanak-kanak, kerana konflik itu menyebabkan kematian ribuan orang dan menghalang mereka dari pembelajaran dan mendorong mereka ke penghijrahan atau suaka, dan memaksa ramai anak-anak kecil brekerja. Pertubuhan “Syria Relief” menyatakan dalam salah satu laporan bahawa 5.3 juta kanak-kanak memerlukan bantuan segera, selain fakta bahawa 2 juta daripada mereka adalah anak-anak yang sukar dijangkau di kawasan-kawasan konflik yang sedang berlaku di negara itu. Oleh itu, (Pertubuhan Peduli Insan Malaysia) memberi perhatian khusus kepada kanak-kanak, Ia melancarkan "Projek Kafalah Yatim" yang berkaitan dengan aspek mental, kesihatan dan psikologi kanak-kanak. Di samping menyediakan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan mendapatkan kehidupan yang layak, berdasarkan kondisi sulit yang mereka alami di negara-negara suaka. Matlamat projek: Penjagaan kemanusiaan bagi anak-anak yatim dari aspek agama, fizikal, psikologi, tingkah laku dan mental. Menyokong keluarga anak yatim dengan menyediakan keperluan asas. Melindungi anak yatim dari berkerja dan meminta-minta. Menjaga kesihatan anak yatim melalui pelbagai program. Memberi kesedaran moral kepada anak-anak yatim dan menyebarkan konsep kasih sayang di antara mereka.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy