Air merupakan sumber kehidupan yang amat berharga. Dalam al-Quran, Surah al-Anbiya’, ayat 30, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“...dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa kamu tidak mahu beriman?”
Ayat ini mengingatkan kita bahawa air adalah asas kepada setiap kehidupan di muka bumi.