MOHAMMAD ABDUR RAHMAN

0%

Jumlah Semasa: RM0

Sasaran: RM3000

orphan

Mohammad seorang anak yatim berusia 10 tahun.

 

Dahulu Muhammad hidup aman bersama ibu, bapa dan saudara-saudaranya. Ayahnya seorang pekerja bergaji sederhana, namun sentiasa bekerja keras demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya.

 

Namun impian indah mereka tidak bertahan lama. Ayah Muhammad terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang meragut segala impian dan meninggalkan keluarga tempang tanpa ketua.

orphan

Ibu Muhammad melarikan diri bersama enam orang anaknya. Mereka menetap di sebuah kem pelarian di kawasan luar bandar, utara Aleppo. Muhammad kemudiannya menghidap penyakit jantung yang menghalangnya dari bermain bola baling - satu-satunya aktiviti kegemarannya. Justeru, ia mengubah minatnya kepada membaca.


Ibu Mohammad berusaha sedaya upaya memenuhi keperluan anak-anaknya serta merawat penyakit Mohammad. Namun situasi sukar menyebabkan kehidupan mereka di kem pelarian semakin meruncing.

orphan

Mohammad tetap belajar dengan tekun. Kini ia berada di kelas darjah empat di sekolah kem tersebut. Mohammad bercita-cita menjadi seorang jurutera yang berjaya pada masa hadapan.

 

Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Mohammad dan bantu ringankan penderitaan mereka di kem pelarian..

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.


`IHSAN DEMI INSAN`


Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

Donation Details

RM
Daftar dan mula menaja melalui pautan di bawah:

Senangpay.my

Nota: *Projek tajaan anak yatim ini adalah untuk tempoh setahun. Pembayaran perlu dibuat secara bulanan.

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

© 2026 Peduli Insan. All rights reserved. Privacy Policy