SEDEKAH ADHA ANDA 
JUADAH ISTIMEWA BUAT MEREKA DI
MALAYSIA, SYRIA DAN PALESTIN



Semua kita punya keinginan untuk menjalankan ibadah korban. Namun, tak semua dari kita yang mampu laksanakannya. Dengan keadaan ekonomi negara dan dunia yang teruk kini, ramai dari kita hakikatnya sedang bergelut untuk melangsungkan kehidupan.


Syukur, walaupun tidak mewah tapi semuanya cukup. Walaupun lebihan duit tidak banyak, tapi kita senang dan bahagia.  Nun di sana, ramai yang sedang diuji hebat. Tiada pekerjaan, tiada makanan, tiada kebahagiaan.



Kita mungkin tak mampu tumbangkan seekor kambing atau korbankan sebahagian lembu atau unta. Namun kita mungkin mampu hulurkan beberapa kilo daging kepada beberapa buah keluarga.


Ambil peluang Aidiladha nanti untuk berinfaq dan Sedekah Adha. Sumbangan anda bakal membantu keluarga-keluarga yang memerlukan sama ada di Malaysia, Kem Pelarian Syria atau pun Gaza.


Ayuh, gembirakan saudara-saudara kita yang sekian lama tak menjamah nasi dan lauk berat seperti daging. Mari kita hadiahkan kepada mereka kotak yang penuh berisi makanan. Moga-moga mereka tidak akan kelaparan lagi.



Dalam pada kita menolong mereka, hakikatnya kita sedang menolong diri kita sendiri.

Kerana sesudah kita di dalam kubur kelak, cuma tiga amalan yang pahalanya masih berterusan. Salah satunya adalah sedekah jariah yang kita lakukan sewaktu kita masih hidup.


Rasulullah SAW juga bersabda :

Berlindunglah dari api neraka walau pun dengan sebahagian dari sebiji kurma (iaitu sedekah yang sedikit”.

Jom Sedekah Adha sekarang !

'Ihsan Demi Insan'

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami:

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Pejabat

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy