Semua kita punya keinginan untuk menjalankan ibadah korban. Namun, tak semua dari kita yang mampu laksanakannya. Dengan keadaan ekonomi negara dan dunia yang teruk kini, ramai dari kita hakikatnya sedang bergelut untuk melangsungkan kehidupan.
Syukur, walaupun tidak mewah tapi semuanya cukup. Walaupun lebihan duit tidak banyak, tapi kita senang dan bahagia.
Nun di sana, ramai yang sedang diuji hebat. Tiada pekerjaan, tiada makanan, tiada kebahagiaan.
Ambil peluang Aidiladha nanti untuk
berinfaq dan Sedekah Adha. Sumbangan anda bakal membantu keluarga-keluarga yang
memerlukan sama ada di Malaysia, Kem Pelarian Syria atau pun Gaza.
Dalam pada kita menolong mereka, hakikatnya
kita sedang menolong diri kita sendiri.
Kerana sesudah kita di dalam kubur kelak, cuma tiga amalan yang pahalanya masih berterusan. Salah satunya adalah sedekah jariah yang kita lakukan sewaktu kita masih hidup.
Rasulullah SAW juga bersabda
:
“Berlindunglah dari api neraka walau pun dengan sebahagian dari sebiji kurma (iaitu sedekah yang sedikit”.
Jom Sedekah Adha sekarang !
'Ihsan Demi Insan'
Who we are?
To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.
Main Office
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy