Tabung Bantuan Prihatin "Saudara Malik"

100%

Jumlah Semasa: RM6000

Sasaran: RM6000

cause

Malik kini berusia 40 tahun. Segalanya berubah ketika dia ditimpa kemalangan motosikal sewaktu sedang berkhidmat sebagai tentera di Sibu, Sarawak pada tahun 2006. 

 

Tragedi itu telah mengakibatkan kedua-kedua kaki Malik lumpuh manakala sebelah tangan Malik tidak dapat berfungsi dengan baik. Bukan itu saja, sistem pencernaan Malik juga turut bermasalah akibat hentakan kuat yang dialami ketika kemalangan dan kini ia gagal berfungsi. Malik kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada beg urin dan lampin pakai buang.

Rentetan kejadian ngeri tersebut, Malik telah dipencenkan daripada kerjayanya atas faktor kesihatan dan keadaannya yang tak membenarkan beliau untuk kembali bertugas sebagai tentera. Syukur, beliau ada menerima pencen. Namun, wang pencen yang diterimanya tidak mampu menampung kos kehidupannya apatah lagi dia memerlukan lebihan wang untuk membeli barangan seperti beg urin dan lampin pakai buang.

 


Malik kini tinggal di kampung bersama ibunya yang telah uzur. Dia menggunakan kelebihannya yang petah berkata-kata dan juga minatnya, dengan menjadi juru cakap (DJ) pada majlis-majlis kenduri serta keramaian sejak 2008. Ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau mendapat pendapatan sampingan bagi menampung dirinya dan ibunya.

cause

Malangnya, kini peralatan yang sering digunakan sewaktu menjadi DJ sudah semakin uzur. Banyak butang sudah tidak berfungsi. Ini secara langsung mengganggu kerjayanya.

Dalam keadaan beliau yang kurang upaya sebegitu, dan juga keadaan kewangannya yang hanya ‘cukup-cukup’, Malik tidak mampu untuk mendapatkan set peralatan DJ yang baru.

cause

Atas sebab itu, kami di Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berusaha untuk membantu Malik bagi mendapatkan peralatan set DJ yang diperlukan.

Walaupun Malik seorang OKU, tapi dia seorang yang bertanggungjawab dan sangat berdikari. Namun saat ini beliau memerlukan sedikit bantuan kita.

cause

Bantu Malik agar beliau terus dapat menceriakan dirinya dan ribuan pendengar lain dengan kerjayanya menjadi seorang DJ pada setiap minggu.

 

‘Ihsan Demi Insan’
 

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui:

BANK ISLAM
PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
No. Akaun: 07043011061925
Ref : Malik
 

Untuk maklumat lanjut berkaitan kes ini, sila hubungi kami melalui 

kes@peduliinsan.org

please share on:

Donation Details

Hubungi Kami
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

Sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan. Kami berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi:

kepada fakir miskin di dalam serta luar negara. Juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Ibu Pejabat

Cawangan Utara

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy