KEMPEN INFAQ RAMADAN
SYRIA  DILANCARKAN



   40000 KELUARGA SYRIA
PERLUKAN KITA

  
Tibanya bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia bersiap dengan penuh gembira untuk menghidupkan kembali keindahan Ramadan. Bayangkan, bagaimana pelarian Syria menyambut Ramadan kali ini ???

 

 

  Ramadan tiba lagi pada tahun ini bagi pelarian Syria dalam keadaan ekonomi mereka yang sangat teruk.  Hampir sepanjang tahun, mereka bergelut dengan keadaan hidup yang sangat sempit sehingga  tiada istilah 'kenyang' dalam kamus hidup mereka.





  
Kebanyakan mereka mampu bertahan untuk terus hidup hanya kerana bantuan yang dihulurkan kepada mereka. Terutamanya sumbangan kit makanan yang mampu untuk menampung mereka sekeluarga untuk beberapa hari atau beberapa minggu.



 

  Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, Pertubuhan Peduli Insan sekali lagi melancarkan kempen Infaq Ramadan untuk musim ke-10. 




  Oleh itu, kami menjemput anda untuk sama-sama berkongsi pahala berganda pada bulan Ramadan al-Mubarak dengan menyumbang kepada pelarian miskin di dalam kem ini, bagi memenuhi keperluan mereka dan menyelamatkan mereka dari kelaparan.  


-Ramadan Kareem-

Pertanyaan?
Peduliinsan logo

Siapakah kami?

Pertubuhan amal, bukan kerana untung yang berusaha untuk menyediakan;

Bagi orang-orang miskin dan pelarian di negara-negara yang menderita bencana kemanusiaan.

Main office

Utara office

© 2020 Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy