Abdullah seorang anak lelaki yatim berusia 12 tahun.
Abdullah merupakan anak bongsu yang sempat, tinggal bersama ayahnya selama 7 bulan sahaja. Ingatannya tentang ayahnya adalah berdasarkan apa yang ia dengar daripada cerita adik-beradik dan ibunya.
Bapanya bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara isteri dan tujuh orang anak. Namun sebuah roket telah mengakhiri hayatnya dan ia pergi meninggalkan ahli keluarga yang ramai.
Kerana bimbangkan serangan bom yang tidak berperikemanusiaan, keluarga tersebut melarikan diri dan menetap di kem pelarian di kawasan luar bandar, utara Aleppo.
Ibu dan adik-beradik Abdullah sentiasa mencari apa sahaja pekerjaan yang dapat memperbaiki kehidupan mereka yang tinggal di tempat terbuka dalam khemah usang yang tidak mampu melindungi mereka di musim panas dan musim sejuk yang menyeksakan.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya .
H.R Muslim
Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.
Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.