ABDULLAH AL-MOHAMMAD

0%

Raised: RM0

Goal: RM3000

orphan

Abdullah seorang anak lelaki yatim berusia 12 tahun.


Abdullah merupakan anak bongsu yang sempat, tinggal bersama ayahnya selama 7 bulan sahaja. Ingatannya tentang ayahnya adalah berdasarkan apa yang ia dengar daripada cerita adik-beradik dan ibunya.


Bapanya bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara isteri dan tujuh orang anak. Namun sebuah roket telah mengakhiri hayatnya dan ia pergi meninggalkan ahli keluarga yang ramai.

orphan

Kerana bimbangkan serangan bom yang tidak berperikemanusiaan, keluarga tersebut melarikan diri dan menetap di kem pelarian di kawasan luar bandar, utara Aleppo.


Ibu dan adik-beradik Abdullah sentiasa mencari apa sahaja pekerjaan yang dapat memperbaiki kehidupan mereka yang tinggal di tempat terbuka dalam khemah usang yang tidak mampu melindungi mereka di musim panas dan musim sejuk yang menyeksakan.

orphan

Abdullah belajar dengan tekun. Kini ia berada dalam kelas darjah lima di sekolah kem pelarian. Abdullah bercita-cita menjadi seorang guru agar tidak ada kanak-kanak yang tercicir dari mendapat pendidikan.


Mari hulurkan bantuan kepada keluarga Abdullah dan ringankan penderitaan mereka di kem pelarian.

orphan

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku dan orang yang menguruskan anak yatim berada di dalam syurga seperti ini,” lalu baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya serta menjarakkan antara keduanya . 
H.R Muslim

 

Tajaan dan bantuan anda kepada anak-anak yatim di Syria akan meringankan penderitaan mereka serta mencetuskan sinar untuk hari esok yang lebih baik.

 

Tahniah kepada para penaja anak yatim. Mudah-mudahan anda akan bersama-sama junjungan kita Nabi Muhammad SAW di syurga.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy