Kempen Infaq Ramadan (12)
Deadline: 2023-04-22
Dunia takkan pernah sunyi daripada pergaduhan. Jika diikuti perkembangan dunia, kita akan lihat betapa tenatnya keadaan negara-negara yang sedang bergolak dan diancam konflik peperangan. Akibat daripada itu, ekonomi negara terjejas teruk dan sekaligus menyebabkan kadar kemiskinan menjadi tinggi. Sumber bekalan makanan, air bersih dan elektrik terjejas teruk.
Ini menyebabkan rakyat menderita kelaparan dan kebuluran. Apatah lagi ketika musim sejuk yang mencengkam, juga ketika panas terik yang memeritkan.
Raised: RM1861451
Goal: RM3000000
QURBAN 4 UMMAH - SYRIA
Deadline: 2022-07-10
LAKSANAKAN IBADAH QURBAN4UMMAH-11 ANDA BERSAMA SAUDARA KITA DI KEM PELARIAN SYRIA
Selain dari bulan haji, Zulhijjah juga merupakan bulan untuk melakukan ibadah korban. Sejarah pensyariatan ibadah korban bermula sejak zaman Nabi Ibrahim as lagi, ketika mana baginda diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail as. Ribuan kanak-kanak kekurangan zat makanan dan akhirnya mengakibatkan mereka menghidapi beberapa penyakit. Tubuh badan para ibu tidak lagi mampu menghasilkan susu.
Raised: RM2275350
Goal: RM2500000
TABUNG KECEMASAN PAKISTAN
Deadline: 2022-09-30
Banjir kali ini bukan banjir biasa. Lebih 33 juta rakyat negara itu terjejas. 30,000 individu masih tidak mempunyai tempat untuk berteduh dan tidak mempunyai bekalan air bersih. Beberapa bandar utama lumpuh sepenuhnya. Jalan raya rosak, jambatan runtuh.
Bukan itu saja, lebih 500,000 haiwan ternakan dilaporkan maut akibat banjir kali ini di Pakistan. Puluhan ribu rumah dan kediaman musnah. Ribuan lagi rakyat sedang terperangkap. Pihak berwajib sedang berusaha keras untuk memindahkan rakyat-rakyat yang masih terkepung akibat banjir.
Kerajaan Pakistan juga turut merayu negara-negara antarabangsa untuk sama-sama membantu negara mereka yang sedang diuji teruk saat ini. Tanpa bantuan segera, nyawa puluhan juta rakyat negara itu kini dalam bahaya.
Atas dasar ihsan, kemanusiaan dan tanggungjawab, Peduli Insan ingin melancarkan Tabung Kecemasan Pakistan bagi membantu rakyat negara itu keluar dari masalah yang mereka hadapi.
Antara bantuan yang bakal kita sediakan kepada mangsa banjir di Pakistan adalah
1. Kit Makanan
2. Kit Kesihatan
3. Kit Pemulihan
4. Bantuan Am
Kami ingin mengajak anda semua untuk turut sama membantu dan menyumbang kepada puluhan juta rakyat Pakistan yang memerlukan.
Sedikit sumbangan anda bukan saja meringankan penderitaan yang mereka lalui saat ini, bahkan juga mungkin menyelamatkan nyawa mereka yang sangat memerlukan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah membantu hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu membantu saudaranya.”
‘Ihsan Demi Insan’
Raised: RM778990
Goal: RM1000000
Sedekah Adha 2022
Deadline: 2022-07-10
SEDEKAH ADHA ANDA JUADAH ISTIMEWA BUAT MEREKA DI MALAYSIA, SYRIA DAN PALESTIN
Semua kita punya keinginan untuk menjalankan ibadah korban. Namun, tak semua dari kita yang mampu laksanakannya. Dengan keadaan ekonomi negara dan dunia yang teruk kini, ramai dari kita hakikatnya sedang bergelut untuk melangsungkan kehidupan.
Syukur, walaupun tidak mewah tapi semuanya cukup. Walaupun lebihan duit tidak banyak, tapi kita senang dan bahagia. Nun di sana, ramai yang sedang diuji hebat. Tiada pekerjaan, tiada makanan, tiada kebahagiaan.
Kita mungkin tak mampu tumbangkan seekor kambing atau korbankan sebahagian lembu atau unta. Namun kita mungkin mampu hulurkan beberapa kilo daging kepada beberapa buah keluarga.
Ambil peluang Aidiladha nanti untuk berinfaq dan Sedekah Adha. Sumbangan anda bakal membantu keluarga-keluarga yang memerlukan sama ada di Malaysia, Kem Pelarian Syria atau pun Gaza.
Ayuh, gembirakan saudara-saudara kita yang sekian lama tak menjamah nasi dan lauk berat seperti daging. Mari kita hadiahkan kepada mereka kotak yang penuh berisi makanan. Moga-moga mereka tidak akan kelaparan lagi.
Dalam pada kita menolong mereka, hakikatnya kita sedang menolong diri kita sendiri.
Kerana sesudah kita di dalam kubur kelak, cuma tiga amalan yang pahalanya masih berterusan. Salah satunya adalah sedekah jariah yang kita lakukan sewaktu kita masih hidup.
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Berlindunglah dari api neraka walau pun dengan sebahagian dari sebiji kurma (iaitu sedekah yang sedikit”.
Jom Sedekah Adha sekarang !
'Ihsan Demi Insan'
Raised: RM334250
Goal: RM500000
KEMPEN INFAQ HARI JUMAAT
Deadline: 2021-12-30
Raised: RM436175
Goal: RM500000
Who we are?
To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.
Main Office
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy