Musim sejuk akan menjadi musim yang paling mengerikan buat para pelarian. Mereka tahu, ketika waktu ini nyawa mereka akan terancam dan sangat berisiko untuk mati kesejukan akibat tidak mampu menahan suhu yang boleh mencecah tahap negatif.
KIRA-KIRA 15 hingga 20 bayi meninggal dunia di kem pelarian di seluruh Syria pada setiap tahun sepanjang musim sejuk. Ya, ini yang berlaku di Syria.
Sama di Palestin. Musim sejuk melampau juga melanda negara tersebut. Bagi negara yang sudah lebih 10 bulan 3 minggu dizalimi, kehadiran musim ini bakal menambah lagi penderitaan mereka.
Sehingga ke hari ini, sudah lebih 40.000 yang syahid angkara zionis. Tidak mustahil dalam keadaan mereka sekarang, akan ada yang tewas pula disebabkan cuaca sejuk yang dahsyat ini.
CABARAN YANG MEREKA HADAPI
1. TIADA TEMPAT TINGGAL YANG BAIK
Cuba bayangkan, kebanyakan pelarian hanya tinggal di dalam khemah sahaja. Saiznya bukanlah besar pun. Lagi pula, satu khemah terpaksa dikongsi sehingga 13 orang.
Agak-agaknya mampu atau tidak khemah seperti ini memberi perlindungan daripada cuaca sejuk, hujan mahupun panas?
2. TIADA KELENGKAPAN MUSIM SEJUK YANG MENCUKUPI
Selain makanan, kelengkapan musim sejuk juga penting untuk menghangatkan badan mereka dalam cuaca sejuk melampau.
Ketika waktu ini, kanak-kanak lah yang paling terkesan. Badan mereka belum cukup kuat. Dan lagi pula, mereka tiada apa-apa pakaian yang sesuai untuk menempuh suhu sejuk dibawah paras beku tersebut dan lebih terdedah dengan 'hyporthemia'
KEMPEN MUSIM SEJUK 13 (SYRIA, PALESTIN & YAMAN)
Tidak sampai di hati kami untuk membiarkan mereka menderita. Jadi atas dasar empati, Peduli Insan mengambil inisiatif untuk bantu menyampaikan bantuan kemanusiaan melalui kempen tahunan Musim Sejuk kali ke 13.
Bantuan yang akan kami fokuskan pada kali ini adalah:
- Minyak diesel, kayu api dan alat pemanas
- Kelengkapan musim sejuk (Selimut, pakaian tebal, stokin, mafla dan kasut)
- Kotak barangan makanan asas
- Set hidangan panas
- Sembelihan (Sedekah, Aqiqah, Nazar - Syria sahaja)
YAMAN BAGAIMANA?
Walaupun negara Yaman tidak mengalami cuaca yang sesejuk Syria atau Palestin, kami akan berusaha untuk membekalkan mereka dengan bantuan seperti makanan bernutrisi kerana ini lebih diperlukan bagi penduduk di sana, berikutan krisis kebuluran yang masih belum selesai.
PEMBINAAN MASJID DAN SEKOLAH UNTUK PELARIAN
Fokus Musim Sejuk kali ini tidak terhenti di sini sahaja. Peduli Insan juga berhasrat untuk membina masjid dan sekolah khusus di Syria.
Ini bakal mewujudkan peluang pembangunan buat kanak-kanak serta para pelarian di sana selain menjadi suatu fasiliti untuk mereka berkumpul melakukan aktiviti sosial dan ibadah dengan lebih mudah.
"Barangsiapa membina sebuah masjid, walaupun sebesar sarang burung, Allah akan bina sebuah ISTANA baginya di syurga." (Hadits Riwayat Ibn Majah)
MUSIM SEJUK, PEDULI INSAN DATANG!
Ayuh semua, sokongan dan sumbangan kita bukan sahaja menyelamatkan mereka, malah menjadikan musim sejuk mereka, musim yang sangat indah.
Kita mungkin belum mampu untuk menyelesaikan krisis yang berlaku di sana. Sekurang-kurangnya, kehidupan mereka hari ini, adalah lebih baik daripada yang sebelumnya.
'IHSAN DEMI INSAN'
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.