lebanonEmergency24(0)

RAYUAN BANTUAN KECEMASAN DI LUBNAN



Donate Now


lebanonEmergency24(1) Hanya dalam tempoh 24 jam sahaja, Lubnan telah diserang bertalu-talu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 95 orang terkorban dan 172 tercedera di sekitar Lembah Bekaa dan bandar Beirut.

Tidak cukup dengan melakukan kemusnahan di negara lain, kini Lubnan pula terpaksa berhadapan dengan krisis kemanusiaan akibat konflik yang semakin tegang.

lebanonEmergency24(2) Ribuan orang hidup dalam ketakutan, serta kehilangan tempat tinggal termasuklah rakyat Lubnan sendiri serta pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di negara tersebut. Keperluan mendesak untuk bantuan asas seperti makanan, air bersih, pakaian, dan tempat perlindungan semakin meningkat.

Disebabkan krisis ini, lebih sejuta orang - 1 per 6 daripada populasi keseluruhan Lubnan terpaksa berpindah meninggalkan kediaman mereka dan lebih 1,600 terkorban termasuk 8,408 yang cedera setakat 2 Oktober 2024.


SOKONGAN ANDA MENYELAMATKAN NYAWA

Dalam sekelip mata, sebuah bandar yang dahulunya penuh dengan suara kehidupan manusia kini bertukar menjadi hiruk-pikuk disulami tangisan dan jeritan ketakutan akibat serangan yang tidak berkesudahan.

lebanonEmergency24(3) Di Peduli Insan, adalah menjadi keutamaan kami untuk memberikan sokongan buat golongan yang memerlukan. Dan atas sebab itu, Tabung Bantuan Kecemasan Lubnan telah dilancarkan dengan harapan dapat memenuhi keperluan serta meringankan penderitaan mereka.

Sudah tentu fokus kami adalah untuk membantu mangsa-mangsa peperangan, tetapi jangan kita lupa, ada ramai saudara pelarian Syria kita yang berpindah dari negara mereka semata-mata untuk mencari perlindungan di Lubnan yang turut terkesan akibat serangan tidak berperikemanusiaan ini.

lebanonEmergency24(4) lebanonEmergency24(5) Dan InsyaAllah, dengan sokongan anda, kami dapat menyampaikan manfaat dari segi
  • Pek makanan panas
  • Kotak barangan makanan asas
  • Selimut dan tilam
  • Kit penjagaan kesihatan

lebanonEmergency24(6) Ketika ini, penduduk Lubnan dan para pelarian Syria sedang hidup dalam kondisi yang tidak selamat dan mereka mengharapkan bantuan daripada kita untuk bertahan hidup.

Kami menyeru kemurahan hati anda semua untuk bersama kami dalam menyokong usaha ini. InsyaAllah, setiap sumbangan adalah bermakna buat saudara di sana.

Ayuh menyumbang dalam Tabung Bantuan Kecemasan Lubnan dan tunjukkan yang kita prihatin, dan peduli sesama insan yang memerlukan.

"Ribuan Keluarga Menanti Bantuan Anda!"

'IHSAN DEMI INSAN'



Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.

   
You can register for automatic monthly donation using the link below

Infaqpay.my

Note: This donation is for Peduli Insan humantarian projects.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Who we are:

A charitable, non-profit organization that seeks to provide;

To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy