KEMBALIKAN SINAR RAMADAN YANG HILANG
BANTU LEBIH 300,000 KELUARGA YANG MEMERLUKAN
{مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا}
Kit Makanan Barangan Asas:
Bekalan seperti tepung gandum, beras, gula, minyak dan lain-lain sedikit sebanyak mampu menampung setiap keluarga untuk sekurang-kurangnya 2 minggu. Selepas ini, mereka tak perlu risau lagi jika bekalan makanan terputus.
Selain itu, Peduli Insan ada juga menyediakan sembelihan sempena Ramadan. Ini adalah satu inisiatif supaya para pelarian berpeluang menjamah hidangan daging bukan sahaja pada Aidiladha tetapi pada hari lain-lain juga.
Alhamdulillah melalui Kempen Infaq Ramadan (12) tahun lepas, Peduli Insan melalui penyertaan anda telah berjaya menggembirakan 331,187 individu dan 66,727 buah keluarga di
Syria, Palestin dan Yaman.
Dan insya-Allah untuk tahun ini, sasaran kami adalah untuk membantu:
- 150,000 individu di Syria
- 100,000 individu di Palestin
- 100,000 individu di Yaman
Sekurang-kurangnya, dengan bantuan yang disampaikan ini dapat mengembalikan sinar Ramadan yang sudah lama hilang di sana. Ramadan adalah waktu untuk gembira dan bukannya bersedih.
Kami harap setiap kanak-kanak dan pelarian mendapat merasai kemeriahan suasana Ramadan dan menikmati juadah enak seperti kita di Malaysia ini.
PROJEK INFAQ PEMBINAAN
Selain bantuan set makanan sahur dan iftar, Peduli Insan juga buka peluang baru untuk anda rebut ganjaran kebaikan di bulan Ramadan dengan berinfaq dalam pembinaan tempat pendidikan dan masjid. Ada dua jenis projek infaq yang tersedia.
1) INFAQ BINA SEKOLAH:
Menurut UNICEF,
lebih 2.4 juta kanak-kanak Syria tidak bersekolah.
Oleh itu, Peduli Insan berhasrat untuk bina sekolah di utara Syria yang akan dimanfaatkan kepada anak-anak yatim yang telah kehilangan ibubapa mereka. Semoga dengan infaq pendidikan ini, mereka mampu merubah nasib hidup mereka suatu hari nanti.
2) INFAQ BINA MASJID: Sudah terlalu lama saudara pelarian kita hanya sujud berlantaikan bumi. Khemah yang menjadi tempat mereka berteduh, itulah sahaja yang menjadi 'masjid' mereka. Manfaat utama pembinaan masjid ini tidak hanya bertujuan sebagai tempah ibadah kepada penduduk di kem-kem pelarian sahaja, tetapi juga akan menjadi pusat mengajar dan menghafaz Al-Quran kepada anak-anak di kem sekitar.
Bayangkan, setiap amal kebaikan yang dilakukan di sekolah dan masjid hasil infaq kita ini, akan menjadi pahala yang tidak putus-putus mengalir buat kita.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
Riwayat al-Bukhari: 37
Ayuh sahabat semua! Disaat kita gembira dan meriah menyambut Ramadan, jangan kita lupa saudara pelarian kita yang berterusan hidup dalam kesukaran. Ringankan beban dan sama-sama kita rebut ganjaran berganda bulan mulia.
Note: This donation is for Peduli Insan humantarian projects.
Who we are:
To the poor inside and outside the country and to refugees suffering from war or disaster.
© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy