PELANCARAN KEMPEN INFAQ RAMADAN 15

our_news

Dated: 21-01-2026


post
RAMADAN: Musim Memberi Dan Berkongsi Kembali  

Pantas masa berlalu. Dalam sedar tak sedar, kita dah hampir tiba dalam satu bulan yang sangat indah, penuh rahmat, dan sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam—Ramadan Al-Mubarak. 

Tahun ini, kita menyambut Ramadan dalam suasana yang jauh berbeza. Zaman dah berubah, teknologi dah berkembang maju. Jika dulu kita berkongsi kegembiraan hanya di meja makan, kini kita mencipta konten Ramadan, berkongsi resipi iftar dan sahur yang istimewa di media sosial, dan berhubung secara digital dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. 
post
Namun, di sebalik kemeriahan teknologi ini, jangan kita lupa tujuan asal bulan yang mulia ini, iaitu membina ibadah, memperkukuh taqwa, dan melahirkan ihsan dalam setiap aspek kehidupan. 

Gunakanlah kelebihan yang kita ada sekarang untuk mempertingkatkan dakwah dan memperbanyakkan amal jariah. Teknologi sepatutnya menjadi jambatan yang memudahkan kita untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Dengan satu klik, satu perkongsian, atau satu sumbangan, kita sebenarnya mampu mencipta perubahan yang besar dalam kehidupan orang lain. 

Kalau kita tengok atau ambil tahu isu terkini yang terjadi kepada saudara kita di luar sana, hati kita pasti akan terdetik rasa sayu. Ramai saudara kita masih hidup dalam keadaan serba kekurangan.  
post
Ada yang sedang bergelut dengan kesan peperangan yang berpanjangan. Ada yang berada dalam fasa pasca-krisis yang belum menemui jalan pemulihan. Dan ada juga yang terkesan dengan cuaca buruk berterusan sehingga menjejaskan sumber makanan dan tempat tinggal. 

Atas dasar itu, dengan penuh rasa rendah diri, kami melancarkan Kempen Infaq Ramadan Siri Ke-15 sebagai satu medium untuk kita sama-sama berkongsi kemeriahan dan keindahan Ramadan dengan mereka yang memerlukan.  

post
Ramadan bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi tentang kemuliaan hati, kepedulian terhadap sesama insan, dan kesediaan untuk berkongsi rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita. 

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Semoga setiap infaq yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, diterima oleh Allah SWT, dan menjadi saksi kebaikan kita di akhirat kelak.

Whatsapp
Peduliinsan logo

Office

© Peduli Insan All rights reserved. Privacy Policy